expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, November 24, 2014

24 Kesan kurang minum air masak

Teks: Natrah Mohamed.
Sumber: Blog Seribu Pilihan

Sejak dari kecik, saya kurang minum air masak. Mungkin ini punca saya selalu sakit-sakit dan lemah badan. Sejak berkahwin, suami selalu ingatkan untuk minum air masak sebanyaknya. Waktu mengandung lagilah. Suami selalu tanya, minum air masak tak. Suami saya memang bagus kan? Hahaha ;)

Ok, apabila saya mula makan Shaklee, mula rajin membaca kelebihan dan kesan air masak/ air putih ini. Saya mula rajin  minum dan mengajak rakan-rakan minum. Saya selalu kongsi kan di FB dan blog tips untuk minum air masak. Bukan apa, saya nak kawan-kawan juga sihat.

Ok, ini saya kongsikan kesan kekurangan air dalam badan. Air yang dimaksudkan adalah air masak bukan air yang di campur perisa serta pemanis. :)

1. Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek). 

2. Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah. Bahaya ni.

3. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukan terutamanya pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak. Ya. Ini saya alami dulu.

4. Tekanan darah menurun. 

5. Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurangan menyebabkan mudah rasa mengantuk. Ya. Memang rasa mengantuk sangat. Jadi, sesiapa yang sering mengantuk, cepat-cepat minum air masak.

6. Lesu pada waktu siang. 

7. Sakit belakang. 

8. Dehidrasi. Kekurangan air dalam badan.

9. Sakit kepala. 

10. Memperlahankan kadar metabolisma badan. Apabila metabolisme rendah, badan tak dapat proses makanan dengan cepat. Ia akan bertukar menjadi lemak, senang ceritanya.

11. Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara. Hui, seram!

12. Sendi dan otot mengalami kekeringan cecair. 

13. Menyukarkan penyingkiran bahan toksik. 

14. Meningkatkan keinginan untuk makan. 

15. Darah menjadi lebih pekat .

16. Mudah keliru. 

17. Degupan jantung semakin meningkat. 

18. Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan.

19. Tubuh akan mengalami dehidrasi. Dehidrasi ini menyebabkan cairan di otak akan menurun, pengangkutan oksigen yang seharusnya mengalir ke otak pun berkurang. Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang.

20. Gangguan fungsi kognitif (kepandaian) otak. Jika kita kekurangan air putih, otak tidak mampu menjalankan fungsi normalnya lagi, terutama fungsi kognitif yang akhirnya membuat kita menjadi senang lupa dan kurang konsentrasi.

21. Mengganggu fungsi ginjal. Ini kerana air sangat penting untuk mencegah penyakit batu karang. Dengan cukupnya air dalam badan, maka komponen pembentukan batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama air kencing. 

22. Pelbagai gejala ringan dan berat akan timbul. Kekurangan air yang dialami oleh tubuh akan menyebabkan gejala ringan dan sedang seperti lelah, haus, batuk kering, badan panas, sakit kepala, air kencing pekat, denyut nadi cepat, hingga gejala berat seperti halusinasi dan kematian. 

23. Mudah terkena infeksi kerana bakteria tidak mampu keluar akibat kurang minum, kita akan mengalami infeksi. Gejalanya seperti suhu badan yang sedikit meningkat, rasa ngilu terutamanya saat akhir buang air kecil, perasaan ingin buang air kecil yang tidak dapat ditahan-tahan, dan lain-lain. 

24. Kulit menjadi kusam. Ini karena kurang minum air menyebabkan aliran darah dalam kapilari di kulit juga tidak maksima.

Ok. Itu sahaja. 24 kesan kurang minum air masak.

Oh ya, saya guna penapis air water pitcher jenama Shaklee untuk tapis air. Air paip terus dimasukkan ke dalam filternya. Tunggu sekejap dan boleh minum. Jimat elektrik dan sangat ringan. Boleh dibawa ke mana-mana.

Kurangkan air manis dalam menu harian. Lebihkan air masak atau air putih.

Natrah Mohamed,
InsyaAllah peminum tegar air masak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design