expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, November 22, 2014

15 kelebihan membaca al Quran

Teks: Natrah Mohamed.

Malam tadi, kumpulan-kumpulan Shaklee yang saya sertai rancak membincangkan Kelebihan Surah al-Waqiah dan surah Yaasin. Kajian oleh downline saya, Puan Sabrina, banyak hadis yang menceritakan kelebihan kedua-dua surah ini adalah hadis lemah dan hadis palsu.

Namun, banyak hadis menceritakan kelebihan membaca al Quran.

Apa khasiat membaca Al Quran?

Berikut saya senaraikan 15 khasiat atau kelebihan membaca Al- Quran.

💐 Satu huruf yang dibaca diberi satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh.

💐Mendapat tempat istimewa di akhirat dengan lebih baik bacaan/tartil lebih tinggi kedudukannya.

💐Dapat menghidar dari hati menjadi berkarat.

💐Rumahnya dikunjungi malaikat dan banyak kebaikannya. Syaitan menjauhi rumah tersebut.

💐 Pembaca al Quran disayangi Allah dan Rasul.

💐 Allah swt menghujani rahmat ke atas pembaca al Quran.

💐Mententeram jiwa yang resah.

💐 Al Quran menemani pembacanya di dalam kubur dari siksaan Mungkar dan Nangkir serta mengatur untuk simati daripada malaikat dari syurga tempat tidur dari syurga yg dipenuhi bauan kesturi.

💐 Rasulullah swt bersabda: "di hari pengadilan, di hadapan Allah swt , tiada syafaat yg lebih baik darjatnya dari al Quran, mahupun dari nabi atau malaikat".

💐Dapat membina akhlak yang baik

💐 Rasulullah saw bersabda: "Bacalah oleh kamu al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya." (Hadis riwayat Muslim).

💐 Rugi bagi orang yang kurang gemar membaca al-Quran kerana Rasulullah banyak menyebut dalam hadis faedah dan fadilat membaca al-Quran.

💐 Pembaca al-Quran dinaungi dengan payung rahmat. Dikelilingi malaikat dan diturunkan Allah kepadanya ketenangan dan kewaspadaan.

💐 Pembaca al-Quran dikurniakan hatinya dengan cahaya oleh Allah dan dipelihara-Nya daripada kegelapan.

💐. Pembaca al-Quran, hatinya tidak gundah dan terlepas daripada kesusahan pada hari kiamat. Hal ini kerana dia sentiasa dalam pemeliharaan dan penjagaan Allah.

Moga bermanfaat kepada semua.

Terima kasih sudi jenguk blog ini.

Natrah Mohamed

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design