Nasih suka makan sayur.

Nasih ni memang tak suka makan sayur. Silap saya juga, masa kecil-kecil lambat perkenalkan sayur. Sudahnya dah besar ni dia tak nak makan sayur. Nampak sayur je dah menjerit-jerit macam nampak ulat. Hehehe..
Menyesal-nyesal.
Saya cuba psiko dia. Selalu guna ayat ni.
"Nasih suka makan sayur. Hari-hari Nasih makan sayur."
Ulang-ulang. Rentak dan irama macam yang dalam cerita P Ramlee.
"Saya suka main bola. Hari-hari saya main bola."
Tapi lain dengan Nasih ni. Dia tak ikut arahan guru. Dia akan tukar ayat.
"Nasih tak suka makan sayur. Hari-hari Nasih tak nak makan sayur."
Rentak dan irama masih sama. Cuma tukar lirik sikit. Adoiii.
Bagi gantikan khasiat sayur tu, saya bagi dia minum meal shakes. Campurkan sesudu ke dalam susu yang dia minum. 2 kali sehari.
Apa berlaku?
Nasih lebih berselera makan. Melompat-lompat dia nak makan. Sekejap-sekejap mintak makanan. Lepas makan, makan lagi. Itu satu hal.
Hal lain lagi, ruam-ruam dan gatal yang selalu terjadi bila panas tu, dah tak muncul dah. Kulit pun makin bersih. Kalau tak asyik tergaru-garu je.
Yang penting, khasiat sayur yang dia tak makan tu boleh didapati dari meal shakes ini. 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.
Banyak tu. Mana nak dapat senang2 semua zat vitamin diangkut masuk perut sekaligus. Dengan meal shakes la. Senang sangat nak minum pun. Bancuh saja dengan apa2 minuman kegemaran anak.
Alhamdulillah. Moga Nasih membesar sihat dan dalam perlindungan Allah sentiasa.
Natrah Mohamed
Powered by Blogger.

Blog Archive

Legasi Nasih Maju

Legasi Nasih Maju
Pengedar dan pembekal produk kesihatan dan kecantikan Shaklee

Anak Pintar Cerdas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...