Mak dan ayah selamat balik dari Mekah

Teks: Natrah Mohamed
Alhamdulillah. 19hb mak ayah mertua sampai dari Mekah. Tiba di KLIA jam 9 malam. Berehat dan bermalam di rumah kami.
Malam tadi bertolak balik ke Pulau Pinang jam 9.15 malam tadi. Kebetulan ayah ada urusan di USM, jadi ambil tiket ke Pulau Pinang dahulu. Adik ipar, Mursyida pun balik sekali. Kebetulan sekarang ni cuti sem.
Mereka sampai ke Pulau Pinang jam 10 malam. Kami yang menghantar baru nak sampai rumah di Bangi, depa dah sampai dah. Heheh..
Syukur mak makin sihat. Keadaan cuaca, kepadatan jemaah haji dan pergerakan ulang alik berjalan kaki menyebabkan mak agak terjejas kesihatannya. Alhamdulillah, semuanya selamat.
Natrah,
Tak sabar mahu ke Mekah. Ya Allah, makbulkan hajat dan keinginan kami ini.
Powered by Blogger.

Blog Archive

Legasi Nasih Maju

Legasi Nasih Maju
Pengedar dan pembekal produk kesihatan dan kecantikan Shaklee

Anak Pintar Cerdas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...