Monday, October 13, 2014

Cara meningkatkan sistem imun badan

Teks: Natrah Mohamed
Sumber: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Saya mula kenal Vitamin C 500mg dan sustained release keluaran Shaklee sejak Oktober tahun lepas. Sungguh teruja mengenal vitamin ini. Banyak pengalaman cemerlang dengan vitamin ini. Antaranya: Apabila rasa mahu demam, badan sudah lemah, saya cepat-cepat telan Vitamin C ini. 2 biji sekali telan. Alhamdulillah, demam tidak sempat bertandang. 


Bagaimana Vita C ini bantu halang demam?

Kerana ia membantu meningkatkan sistem imun badan. Badan yang lemah, menyebabkan sistem imun juga turut lemah, sebab itu demam, selsema datang menyerang. Hiyarghh, kita lawan dengan vita C Shaklee yang terbaik ini.

Vita C dapat membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.

Baik, kita berkenalan dulu dengan vitamin pilihan ramai ini.


Vitamin C Shaklee


Manfaat Utama :

  • Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas bagi otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C boleh menjadi sebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan.
  • Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan hidung, pendarahan serebral dan skurvi.


Antara simptom kekurangan Vitamin C :
Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah
Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar
Luka yang lambat sembuh
Mudah selsema / bersin
Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
Mudah dapat ulser
Mudah demam / antibodi tak kuat
Gusi berdarah
Salur darah mengecil
Sakit sendi
Tanda lebam pada badan
Kurang berat badan (bukan kurus sihat tapi kurus yang tidak sihat, lemah dan kusam)


Perbezaan Shaklee (dengan Vitamin C yang ada di pasaran)
  • Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
  • Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
  • Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7 biji setengah oren.
  • Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg. Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C
  • Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah
  • Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan. Dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan.
Siapa yang Perlukan Vita C?

  • Perokok. 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg Vitamin C.
  • Orang yang mudah stress/tertekan. Kerana stress akan memusnahkan Vita C dalam badan.
  • Orang yang makan pil perancang kerana pil perancang akan serap Vita C dan akibatnya Vita C akan cepat musnah dalam badan.
  • Orang yang mahu cantik kulit atau yang ada masalah kulit berjerawat atau eczema perlukan Vita C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan perbaiki tisu kulit.
  • Semua yang inginkan kesihatan yang lebih baik sebab vit C menyokong sistem imun badan dan mengurangkan demam selsema yang berpanjangan


Tempah Vitamin C Shaklee anda sekarang. Hubungi saya Natrah Mohamed aka Mama Nasih dan dapatkan harga istimewa, konsultasi percuma.


Sebelum terlambat, sebelum menyesal, hubungi saya segera : 011-27016822.

Assalamualaikum, jumpa lagi :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design