expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, October 31, 2014

10 testimoni ESP

Teks: Natrah Mohamed
Gambar: Carian internet dan Shaklee Golden Lounge


Alhamdulillah, terlalu banyak testimoni ESP (Energizing Soy Protein) dan produk-produk Shaklee sebenarnya. Maklumlah produk yang dihasilkan dengan ribuan kajian dan kajian-kajian itu diterbitkan dalam jurnal-jurnal antarabangsa. Memang boleh dipercayai. Selamat dan terbukti berkesan.

Ok, di sini saya kongsikan 10 gambar testimoni ESP serta produk lain. Selamat mengkaji. :)

ESP menyembuh gastrik

ESP menambah hasil susu ibu

ESP bantu tubuh bertenaga

ESP bantu kulit lebih berseri, hilangkan lingkaran bawah mata

ESP sembuhkan masalah pedih ulu hati

ESP mencantikkan kulit

ESP bantu kulit kusam jadi berseri

ESP bantu badan lebih sihat, kurangkan kebas tumit kaki

ESP bantu kulit lebih berseri

ESP kurangkan tumit pecah dan kering

Ok, ini sebahagian testimoni ESP. Saya akan kongsi lagi, insyaAllah. Jemput datang lagi ya.

Natrah Mohamed aka Mama Nasih
Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi dan seluruh Malaysia

Awas! 6 tanda penyakit gastrik

Teks: Natrah Mohamed

Gastrik dan saya, sudah begitu akrab. Alhamdulillah, ia telah berlalu pergi dari hidup saya. Ribuan kesyukuran kepada Allah yang menyembuhkan. 
Gastrik

Konsisten dengan beberapa produk iaitu ESP, B Comp dan Ostematrix mungkin antara punca gastrik sembuh. 

Bagi yang masih mengkaji dan mahu dapatkan penawar, saya cadangkan ambil produk-produk ini. Ia sekaligus, mencantikkan kulit, memberi ketenangan dan pembekal zat dan nutrien mencukupi untuk tubuh badan kita, biiznillah.

Ok, mari kita kaji sedikit tanda-tanda penyakit gastrik. Saya ambil di sini
  • Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
  • Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
  • Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
  • Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
  • Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
  • Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.
Ok, saya akan kongsikan lagi tentang gastrik. Jemput datang ke blog ini lagi.

Natrah,
Mama Nasih
Bandar Baru Bangi.

Thursday, October 30, 2014

Multivitamin 100 tahun

Vita-Lea® Iron Formula 


Multi vitamin & Multi mineral
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Telah dicipta dan dihasilkan oleh Dr Shaklee sejak 1905 lagi. Jadi? tahun 2015 nanti, genaplah 100 tahun. Wah, tua gittew!



Vita-lea



 Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu: 
• Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.* 
• Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu. 
• Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi. 
• Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh 
• Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.

* Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini. Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet. 
 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Ini produk banyak bagus.
Hubungi Natrah Mohamed untuk dapatkan Vita-lea ini. Saya sedia membantu anda. Jangan malu-malu.

Natrah,
011-27016822

3 serangkai yang membantu kulit cantik

Teks: Natrah Mohamed

Ini set kulit cantik. Antara produk shaklee yang menjadi kegemaran saya. 

Ada apa dengan set kecantikan kulit Shaklee? 
Jom kita tengok.




Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:

  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel.

Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit.

Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat

Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri.

Boleh dapatkan daripada Kedai Vitamin Mama Nasih.
Natrah Mohamed: 011-27016822
Atau mesej ke www.facebook.com/messages/KMamaNasih


Terima kasih, datang lagi ke blog ini ya.

Cerita kulit gebu cantik

Rose, Semakin hari semakin LICIN, GEBU, BERSERI muka Rose. Anis pun jeles. Apa yang Rose makan? 

Ha, inilah yang Rose makan. Set kulit cantik menggebus 
dari Shaklee.

Rose makan vitamin Shaklee rupanya. Cer citer sikit apa 3
vitamin ni? Anis dah lama nampak orang jual.

Dulu kan kulit muka Rose kusam, jerawat-jerawat
kecik memang sentiasa ada, kadang-kadang jerawat
besar gedabak pun ada. Anis ingat tak muka Rose
2,3 bulan lepas?

Ha, ingat-ingat.

Hai, kalau kenang, masa tu, memang malu sangatlah.
Nak ambil gambar selfie-selfie masuk FB pun malu aih.
Ni Rose cerita sikit pasal produk-produk ni.

Vitamin E melindungi kulit dari sinar ultra-ungu,
menjaga kelembapan kulit dan menghapuskan radikal bebas
yang merosakkan sel.

Vitamin C pula, antioksidan yang lindungi kulit kita daripada
pencemaran udara dan sebagainya, bantu dalam
pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit.
Selain itu, vitamin ni boleh mencerahkan kulit.

Vitamin B Complex pula sebagai pelembap, mencegah pigmentasi, melambatkan tanda penuaan dan mengubati jerawat.

Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C akan menghasilkan kulit yang kenyal, cerah, lembap, kurangkan parut-parut jerawat, lambatkan penuaan kulit dan menjaga kulit dari sinaran UV."

Wah, Anis pun mahu cubalah produk-produk ni.
Nak muka cantik berseri, gebu macam Rose ni.
Lagipun majlis kahwin Anis dah tak lama dah ni.
Rose beli di mana ni?

Ha, elok sangatlah. Rose beli dari Kedai Vitamin
Mama Nasih. Ha, ni no telefon dia, 011-27016822 @ 013-3425278.
Nama dia NATRAH MOHAMED. Rose memang beli produk Shaklee dengan dia. Layanan terbaik punya.


Owh, terima kasih banyak Rose. Eh, ada no akaun
dia tak? Kira jadi terus la. Anis memang nak beli, bayar
terus. Tak payah pikir panjang dah.

Anis kena SMS atau WhatsApp dulu ke no dia, yang Rose bagi tadi, 011-27016822. Tanya HARGA, kotlah dia ada
tawaran menarik, promosi atau harga istimewa.

Ni no Akaun Maybank: 162834073760.
Anis dah transfer duit nanti, hantar bukti pembayaran ke
natrah.mohamed@gmail.com

Lepas tu hantar mesej ke Kedai Vitamin Mama Nasih:
https://www.facebook.com/messages/KMamaNasih

Jangan tangguh-tangguh tau, buat cepat. Rose dah
cukup puas hati dengan produk ni. Sebab tu Rose
cerita panjang lebar kat Anis.

Ya, ya. Anis SMS dia sekarang. Nak dapat kulit cantik
menggebu idaman kalbu!
SMS Cantik ke 011-27016822

Wednesday, October 29, 2014

Minyak ikan pilihan ramai

Aku Sebotol 🐟Omegaguard🐟🐟,Minyak Ikan Terbaik di dunia 😎

Aku boleh diambil sebanyak 2️.. eh!  3 biji setiap hari.

Dalam setiap 1 kapsulku mengandungi:

🐠EPA 540mg
🐠DHA 360mg
🐠Omega-3 fatty acids 990 mg

Kejap ✋..nak dengar satu cerita tak👀?

Kata Doktor 👷 dan Saintis 💂,
😻 asid lemak Omega-3 mengurangkan risiko penyakit jantung dan serangan jantung
😻meningkatkan kesihatan kardiovaskular
😻menyokong visi sihat, otak dan fungsi sendi (dan meringankan sakit sendi & arthritis)
😻membantu mengekalkan tahap trigliserida dan kolesterol.

Kebaikan diriku 🐬🐬🐬?

🐬 Omega-3 dalam diriku dapat mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS
🐬 DHA and EPA pula boleh menentang thrombosis tekanan darah tinggi yang lebih rendah, dan kepekatan darah
🐬 Membantu melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar
🐬 Membantu mengekalkan tekanan darah normal
🐬 Membantu merendahkan tahap kolesterol, menghindar kolesterol LDL
🐬 Mengawal masalah obesiti
🐬 Mencegah arteriosclerosis
🐬 Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
🐬 DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran
🐬 Mencegah penyakit Alzheimer
🐬 Memelihara penglihatan dan pendengaran
🐬 Mencegah migraine
🐬 Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE, serta penyakit buah pinggang
🐬 Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat, dan kolon
🐬 Merangsang kesihatan hati selepas pembedahan
🐬 Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan dan membantu untuk mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan
🐬 Membantu memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout
🐬 EPA dan DHA membantu menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan mental termasuk kemurungan

Aku, Omegaguard Shaklee 💊dengan asid lemak omega-3 ultratulen dgn spektrum penuh bergred farmaseutikal

~Aku 💊 dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari 💉 3 molekul
🎣 memekatkan asid lemak omeg -3 yg bermanfaat & semulajadi 
🎣menyingkirkan bhn2 berbahaya seperti merkuri dan plumbum yg terdpt dlm ikan🐟.

Aku Minyak Ikan Terbaik di dunia!!!!
Aku mengandungi satu rangkaian penuh ⃣ jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA,DHA,ALA dll.

Ibu-ibu 👩 yang menyusu dapat meningkatkan kandungan DHA dalam susu ibu 💦 & membantu mempertingkatkan lagi kesihatan jantung ❤️ dan secara langsung memberi daya ingatan yang baik terhadap ibu 👩 dan anak👶.

Itulah cerita sebotol Omega Guard Shaklee.

Sungguh bermakna dalam hidup saya sekeluarga. Teman setia suami untuk kawal kandungan kolestrol badannya. Teman baik saya untuk bakar lelemak yang sedia ada dalam badan. Teman rapat si Nafiz terutama bila dia batuk berkahak.

Ha, omega patut jadi teman setia anda sekeluarga juga. Hubungi saya untuk saya bantu sekeluarga lebih sihat.

Natrah Mohamed
011-27016822
COD area Bangi.

Nasih suka makan sayur.

Nasih ni memang tak suka makan sayur. Silap saya juga, masa kecil-kecil lambat perkenalkan sayur. Sudahnya dah besar ni dia tak nak makan sayur. Nampak sayur je dah menjerit-jerit macam nampak ulat. Hehehe..
Menyesal-nyesal.
Saya cuba psiko dia. Selalu guna ayat ni.
"Nasih suka makan sayur. Hari-hari Nasih makan sayur."
Ulang-ulang. Rentak dan irama macam yang dalam cerita P Ramlee.
"Saya suka main bola. Hari-hari saya main bola."
Tapi lain dengan Nasih ni. Dia tak ikut arahan guru. Dia akan tukar ayat.
"Nasih tak suka makan sayur. Hari-hari Nasih tak nak makan sayur."
Rentak dan irama masih sama. Cuma tukar lirik sikit. Adoiii.
Bagi gantikan khasiat sayur tu, saya bagi dia minum meal shakes. Campurkan sesudu ke dalam susu yang dia minum. 2 kali sehari.
Apa berlaku?
Nasih lebih berselera makan. Melompat-lompat dia nak makan. Sekejap-sekejap mintak makanan. Lepas makan, makan lagi. Itu satu hal.
Hal lain lagi, ruam-ruam dan gatal yang selalu terjadi bila panas tu, dah tak muncul dah. Kulit pun makin bersih. Kalau tak asyik tergaru-garu je.
Yang penting, khasiat sayur yang dia tak makan tu boleh didapati dari meal shakes ini. 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.
Banyak tu. Mana nak dapat senang2 semua zat vitamin diangkut masuk perut sekaligus. Dengan meal shakes la. Senang sangat nak minum pun. Bancuh saja dengan apa2 minuman kegemaran anak.
Alhamdulillah. Moga Nasih membesar sihat dan dalam perlindungan Allah sentiasa.
Natrah Mohamed

5 sebab makan vitamin tak berkesan



Teks: Natrah Mohamed

Ada yang kata, makan suplemen dan vitamin ni tidak berkesan. Tak nampak kesan pada tubuh badannya dan kesihatannya. Macamana tu?

Ha, meh kita baca sama-sama, Mama Nasih nak bagitahu !

Supemen bukan macam ubatan lain. Sangat jauh beza dari ubatan yang menghilangakan rasa sakit dalam masa yang singkat. Contohnya panadol yang menghilangkan sakit secara cepat. Kalau senggugut contohnya, ramai yang ambil panadol menstrual. Kami di Shaklee mencadangkan ambil GLA Complex bagi mengurangkan senggugut. GLA adalah suplemen. Ia bukan mengurangkan sakit sengugut dengan segera. Ia perlu diambil sebelum tempoh haid datang lagi.

Jika makan suplemen, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan (90 hari) untuk benar-benar serasi dengan badan, tambahan sel kita hidup antara 90-120 hari. Usaha,Istiqamah,sabar
tu yang perlu kita ingatkan. kesan yang singkat tidak bagus buat badan. 

Tapi, kalau tak dapat jugak rasa manfaat dari pengambilan suplemen yang kita makan tu, nak buat macamana?

Semak dulu perkara-perkara ni,

1.Kurang minum air kosong/air putih/air masak/ plain water/ sky juice
 Huii, macam banyak! Sebenarnya, biasa disebut air kosong. Ramai yang ada masalah nak minum air kosong ni dan lebih gemar minum minuman yang berwarna dan berperisa. Kenapa tak suka minum air kosong? Tawar. Tak menarik. Sebenarnya baaaaanyak sangat kebaikan minum air kosong ni. 

Fakta:
Air manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Cuba buat perbandingan seminggu tak minum air manis, dan seminggu minum air manis. Akan rasa perbezaannya. Boleh cuba eksperimen sendiri.

Saranan:
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak. 1 liter bagi setiap 25kg berat badan. Jika ambil suplemen, kuantiti perlu lebih banyak. Supaya suplemen yang dimakan boleh diserap oleh tubuh dengan lebih baik. 
Jadi, minum air kosong tau.
Makan vitamin ke, tak makan vitamin ke, air kosong sangat penting dan baik untuk kesihatan tubuh badan.


2. Makan vitamin secara banyak sekaligus dalam satu masa
Makan vitamin memang bagus, tapi jangan teruja sangat sampai nak makan semua sekaligus vitamin-vitamin tu. Sebaik-baiknya rancanglah pemakanan vitamin tu dengan betul supaya badan dapat menyerap satu-persatu vitamin yang kita makan tu.

Fakta:
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air, sedangkan air penting untuk penyerapan vitamin dan juga untuk pengaliran darah kita.


Saranan:
Ok, lepas ni, tak payah la teruja sangat nak makan vitamin tu sekaligus. Sabar-sabarlah kot yer pun. Cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu-satu masa. Tau tak, pembahagian masa makan vitamin ni juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu-satu masa tertentu sahaja. Sekurang-kurangnya, jarakkan sejam untuk setiap jenis vitamin yang kita makan. Contoh, pukul 8am, makan Lecithin, pastu pukul 9am makan Alfalfa, dan seterusnya. Boleh boleh 'alarm' di telefon sebagai reminder.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat
Yang ni bagi anda yang dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan. Elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin. 

Tahukah anda:
Pengambilan ubat doktor dan ubat vitamin secara serentak boleh menyebabkan darah bercelaru ataupun confused sebab ada dua benda yang berbeza masuk dalam badan sekaligus. Oleh sebab itu, darah tidak menyerap vitamin dengan baik dan sempurna.

Saranan:
Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun, sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan doktor.


4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian
Sudah pastinya, minuman kafein (kopi/teh) menjadi minuman kegemaran rakyat Malaysia di waktu pagi, petang, malam. Macam tak cukup syarat kalau sehari tak minum air kafein ni kan? Hehehe..

Tahukah anda:
Pengambilan kafein boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Jadi, pengambilan minuman yang ada kafein yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ni. Maka, kita takkan dapat apa-apa manfaat pun dari pengambilan vitamin sebab vitamin akan rosak disebabkan pengambilan kafein secara berterusan.

Saranan:
Kurangkan minuman berkafein untuk dapatkan manfaat optimum dalam pengambilan vitamin yang kita makan. Kalau dah sehari tu 5 cawan kopi kita boleh minum, apa salah sikit demi sedikit kurangkan kepada 3 cawan..lepas tu, 1 cawan....InsyaAllah lepas tu, kita boleh lepaskan minuman berkafein ni. Macam saya, sejak kecil minum teh atau kopi terutama bila balik kampung. Tapi sekarang saya sangat kurang minum. Sekarang lebih memilih tamar koko. Pagi-pagi minum ESP + tamar koko untuk breakfast dan tak lupa minum air kosong.


5. Pantang larang makan vitamin
Jangan ingat makan vitamin tiada pantang larang tau. Ada sesetengah kita makan vitamin hentam kromo jer. Makan vitamin kena ada cara dan jadual pemakanan yang betul. Dan ada juga vitamin yang kita tak boleh makan bersama-sama.

Tahukah anda:
Pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu. Ini kerana ia akan menganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Selain itu juga, vitamin E tidak boleh diambil bersama-sama.

Alfalfa dan vitamin antioksida juga tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan. 

Saranan:
Adalah penting bagi kita untuk mengetahui apa pantang larang dalam pengambilan vitamin yang betul supaya badan dapat menyerap manfaat vitamin dengan baik dan sempurna. Dalam pemilihan vitamin, apa yang perlu diambil kira ialah:
  • Vitamin anda HALAL
  • Vitamin anda SELAMAT
  • Vitamin anda SEMULAJADI
  • Vitamin anda BERKESAN (Nak berkesan, ikut tips diatas. InsyaAllah akan dapat kesan yang diingini)
TIPS UNTUK IBU MENYUSU
Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan khuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli.

Sekian dari Mama Nasih.

Vitamin yang kami jual sudah lebih 50 tahun di pasaran. Sudah raaamai yang mendapat manfaat dan kebaikkannya.

Mari dapat kan dari kami. Natrah Mohamed : 011-27016822.

Terima kasih sudi jenguk blog ini.

Jangan lupa, dapat kan vitamin terbaik dari kami. ;)


Perbezaan Shaklee

Monday, October 27, 2014

3 Tips elak dari demam

Teks: Natrah Mohamed.

Ini kisah BENAR!
Pagi Rabu lepas, bangun dari tidur, saya rasa pening dan kepala sedikit berdenyut-denyut. Saya gagahkan bangun solat subuh.
Masih berbelah bahagi, mahu sambung tidur atau bangun kemas barang-barang untuk balik kampung. Jam 9 ada mesyuarat dengan sahabat2 di Bangi. Badan serasa seram sejuk. Tanda-tanda nak demam.
Selepas baca 2 surah melengkapkan kekuatan diri di awal pagi. Saya telan 2 biji sustained Released Vita C. Minum air lebih sikit. Buka WhatsApp dan bertanya khabar anak Shaklee.
Saya kumpul baju2 sendiri dan 2 anak bujang. Suami kata mahu kemas sendiri baju miliknya. Wahaha.. Kita tuntut janji! Setelah sumbat2 baju ke dalam beg, naik turun tangga rumah untuk keluarkan peluh dan kemas apa yang patut, saya mandi. Mula basahkan badan bermula dari bawah. Dari kaki hingga ke kepala. Untuk hilangkan segala denyut dan pening kepala.
Akhirnya. Jam 9 pagi, melangkah keluar rumah tanpa kepala berdenyut lagi. Eh, Masa keluar rumah tu bawa kepala. Cuma dah tak sakit dah.
Alhamdulillah. Pengalaman manis dengan Vita C ini. Sangat saya kenang. Episod2 tak jadi demam ini telah banyak kali berlaku. Sejak berkenalan dengan Vita C ini la.
Rugi yang amat melupakan Vita C ini. Sangat berbaloi. Kita sakit siapa tanggung? Diri sendiri juga.
Natrah,
Pencinta Vita C.

Perbandingan Vitamin C Shaklee dengan jenama lain

Daripada cerita di sini, ada 3 tips yang boleh diamal.
1. Minum banyak air. Supaya panas badan dapat dibawa keluar oleh urin.
2. Mandi dengan basahkan badan bermula dari bawah. Bermula dari kaki hingga akhir sekali basahkan kepala.
3.  Telan 2 biji atau lebih Vita C. Pastinya yang terbaik Sustained Release Vita C 500mg dari Shaklee. Kerana ia sustained released. Dilepaskan ke dalam badan setiap 1 jam. Dah la khasiatnya menyamai 7 ½ biji oren.

Boleh hubungi saya bila-bila masa. Dapatkan vita C sebagai peneman di kala badan sudah ada tanda-tanda mahu demam. 011-27016822 (Natrah Mohamed).

Ok, jumpa lagi. Nanti saya kongsikan lagi tips untuk badan sihat bertenaga.

3 cara kurus dengan ESP

Bagaimana ESP membantu untuk kuruskan badan?
1. Bantu tahan lapar. Bila tak lapar, tiada lah makan macam-macam kan?
2. Pengganti hidangan atau menu tinggi kalori dan lemak. Kalori untuk nasi goreng yang dimakan sebagai sarapan lebih tinggi daripada nasi, lauk dan sayur. Tapi ramai memilih nasi goreng sebagai sarapan. Boleh gantikan nasi goreng tersebut dengan ESP.
3. Bantu bina otot. Lemak yang hilang akibat dibakar akan diganti dengan otot. Jika tak minum atau ambil tinggi protein, badan akan menggeleber. Tiada otot di bahagian mana tersebut. Terutama bawah lengan, paha dan perut. Buruk sungguh dipandang.

Wajib dapatkan protein lengkap untuk bantu dalam proses kurus.

Kena dapatkan ESP anda sekarang.

Natrah,
Peminum tegar ESP.
011-27016822
www.natrahmohamed.com

Thursday, October 23, 2014

Bagaimana gastrik saya sembuh?

Teks: Natrah Mohmaed.

Cara gastrik saya sembuh, terlalu manis.
Alhamdulillah, 
Selepas setahun minum dan amalkan Energizing Soy Protein setiap hari, saya yakin, saya sudah bebas sepenuhnya dari gastrik.
Lalu,
Saya wajib sebarkan kebaikan ESP ini.

Siapa perlukan ESP?
1. Pesakit dan penderita gastrik.
2. Yang mahu kurus kerana ESP memberi rasa kenyang dan bantu bina otot untuk gantikan lemak.
3. Semua yang mahu hapuskan jerawat, jeragat dan parut jerawat di muka.
4. Untuk yang alami masalah kesuburan.
5. Ibu menyusu kerana ia bantu untuk memekatkan kualiti susu ibu.
6. Ibu hamil kerana ia membantu bina sel-sel badan ibu serta anak dalam kandungan.
7. Semua yang inginkan kulit cantik halus mulus. Setiap perempuan pasti mahukan nya? Mengaku sajalah ;)
8. Individu yang selalu penat, cepat letih-letih. ESP mampu memberikan tenaga, insyaAllah.
9. Semua orang yang mahukan kesihatan berpanjangan. Ia sangat berbaloi untuk tubuh badan kita. 

Khasiat ESP

Semua orang perlukan ESP. Kerana ESP adalah protein. Protein membantu bina dan baiki sel-sel dalam badan. Jadi? Semua orang wajib ambil ESP kerana ia membekalkan jumlah protein yang sepatutnya diambil dalam diet harian.

Protein memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding karbohidrat. Itu sangat penting. Kerana kita mampu mengawal nafsu makan. Bila nafsu dapat dikawal, tiadalah tragedi makan berlebihan. He he..
Bagaimana ESP membantu pesakit gastrik?
ESP adalah alkali, ia mampu meneutralkan keadaan perut yang berasid. Maka, selamatlah dari gastrik dan pedih ulu hati.
Selain itu, ia bantu untuk sembuhkan luka dalam perut akibat gastrik.
Ok, lain kali saya sambung lagi tentang khasiat ESP.
Selamat menikmati ESP

Salam sayang,
Master 2be Natrah Mohamed

Tuesday, October 21, 2014

Mak dan ayah selamat balik dari Mekah

Teks: Natrah Mohamed
Alhamdulillah. 19hb mak ayah mertua sampai dari Mekah. Tiba di KLIA jam 9 malam. Berehat dan bermalam di rumah kami.
Malam tadi bertolak balik ke Pulau Pinang jam 9.15 malam tadi. Kebetulan ayah ada urusan di USM, jadi ambil tiket ke Pulau Pinang dahulu. Adik ipar, Mursyida pun balik sekali. Kebetulan sekarang ni cuti sem.
Mereka sampai ke Pulau Pinang jam 10 malam. Kami yang menghantar baru nak sampai rumah di Bangi, depa dah sampai dah. Heheh..
Syukur mak makin sihat. Keadaan cuaca, kepadatan jemaah haji dan pergerakan ulang alik berjalan kaki menyebabkan mak agak terjejas kesihatannya. Alhamdulillah, semuanya selamat.
Natrah,
Tak sabar mahu ke Mekah. Ya Allah, makbulkan hajat dan keinginan kami ini.

Friday, October 17, 2014

Pilihan bijak ibu menyusu

Teks: Natrah Mohamed.

2 set MENYUSU istimewa ini saya sediakan untuk ibu MENYUSU ohsem yang sedang baca entry ini.
Jaminan saya, konsultasi dan khidmat nasihat PERCUMA sepanjang hayat. 

InsyaAllah.


Set Menyusu optimum Shaklee



Natrah, 011-27016822.

#IbuBijakAnakSihat #IbuMenyusu #IbuMengandung #IbuBerpantang

Wednesday, October 15, 2014

2000 keluarga terima bantuan

Teks: Natrah Mohamed
Tajuknya macam berita ?
Ya ini berita. Keratan akhbar hari ini.
Alhamdulillah semalam telah berlangsung perasmian #ShakleeCares dengan kerjasama Yayasan MyKasih.
Program ini mensasarkan pemberian sumbangan meal shakes kepada 2000 keluarga yang kurang bernasib baik di bawah perhatian Yayasan MyKasih.
Setiap pembelian meal shakes sempena promosi Beli 3 DAPAT 4 sepanjang bulan September dan Oktober ini akan disumbang kepada mereka. 10 % lebih kurang.
Ha, untung kan?
Dapat harga MURAH, dapat menderma sekaligus.
Peluang baik, tak wajar dilepaskan.
Tahniah Shaklee Malaysia. Usaha yang tersangat baik untuk berikan nutrisi terbaik terutama kepada kanak-kanak Malaysia.

Keratan Akhbar tentang Shaklee

Saya takkan lepaskan peluang ini. Sertai saya untuk sama-sama menyumbang.
Natrah aka Mama Nasih.
011-27016822.
Bangi.

Monday, October 13, 2014

Beli dan derma.

Teks: Natrah Mohamed.
Beli dan derma. Siapa suka? Saya sangat suka. Ini yang Shaklee tawarkan. Beli Mealshake dan berpeluang menyumbang.
Promosi ini hingga hujung Oktober sahaja. Beli 3 dapat 4.
10% dari pada pembelian juga bakal didermakan kepada golongan memerlukan. Lebih 2000 rumah kebajikan bakal mendapat manfaat ini.
Ramai dah yang rebut peluang ini. Harga lebih murah, dan peluang untuk menyumbang kepada rumah kebajikan yang tak terjangkau oleh tangan kita juga dapat.
Membeli dan menderma serentak. Hubungi saya untuk dapatkan peluang ini.
Natrah 011-27016822.
Jumpa lagi :)

Cara meningkatkan sistem imun badan

Teks: Natrah Mohamed
Sumber: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Saya mula kenal Vitamin C 500mg dan sustained release keluaran Shaklee sejak Oktober tahun lepas. Sungguh teruja mengenal vitamin ini. Banyak pengalaman cemerlang dengan vitamin ini. Antaranya: Apabila rasa mahu demam, badan sudah lemah, saya cepat-cepat telan Vitamin C ini. 2 biji sekali telan. Alhamdulillah, demam tidak sempat bertandang. 


Bagaimana Vita C ini bantu halang demam?

Kerana ia membantu meningkatkan sistem imun badan. Badan yang lemah, menyebabkan sistem imun juga turut lemah, sebab itu demam, selsema datang menyerang. Hiyarghh, kita lawan dengan vita C Shaklee yang terbaik ini.

Vita C dapat membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.

Baik, kita berkenalan dulu dengan vitamin pilihan ramai ini.


Vitamin C Shaklee


Manfaat Utama :

  • Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas bagi otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C boleh menjadi sebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan.
  • Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan hidung, pendarahan serebral dan skurvi.


Antara simptom kekurangan Vitamin C :
Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah
Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar
Luka yang lambat sembuh
Mudah selsema / bersin
Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
Mudah dapat ulser
Mudah demam / antibodi tak kuat
Gusi berdarah
Salur darah mengecil
Sakit sendi
Tanda lebam pada badan
Kurang berat badan (bukan kurus sihat tapi kurus yang tidak sihat, lemah dan kusam)


Perbezaan Shaklee (dengan Vitamin C yang ada di pasaran)
  • Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
  • Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
  • Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7 biji setengah oren.
  • Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg. Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C
  • Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah
  • Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan. Dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan.
Siapa yang Perlukan Vita C?

  • Perokok. 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg Vitamin C.
  • Orang yang mudah stress/tertekan. Kerana stress akan memusnahkan Vita C dalam badan.
  • Orang yang makan pil perancang kerana pil perancang akan serap Vita C dan akibatnya Vita C akan cepat musnah dalam badan.
  • Orang yang mahu cantik kulit atau yang ada masalah kulit berjerawat atau eczema perlukan Vita C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan perbaiki tisu kulit.
  • Semua yang inginkan kesihatan yang lebih baik sebab vit C menyokong sistem imun badan dan mengurangkan demam selsema yang berpanjangan


Tempah Vitamin C Shaklee anda sekarang. Hubungi saya Natrah Mohamed aka Mama Nasih dan dapatkan harga istimewa, konsultasi percuma.


Sebelum terlambat, sebelum menyesal, hubungi saya segera : 011-27016822.

Assalamualaikum, jumpa lagi :)

13 Kelebihan Lecithin yang anda perlu tahu.

Teks: Natrah Mohamed
 
Ramai yang sangka, Lecithin hanya untuk membakar lemak. Untuk kuruskan badan.
Dengan pengambilan Lecithin, banyak manfaat lain yang bakal dinikmati.
 
Ok, jom kita tengok:

 1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Sebab itu ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti tekanan darah tinggi, strok, masalah jantung, arteri 
yang mengeras.
Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan sehingga 6000-7000mg sehari jika berhadapan dengan masalah kesihatan yg sebegini.

2. Mengelmulsi (memecahkan) lemak. Tahukah anda, Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

 3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan. Tanpa lecitin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan kimia dari persekitaran yang tercemar, bahan-bahan metal, dadah, perisa tambahan makanan, pestisid, san sebagainya. Semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat-zat. 
4. Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.

 5.Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya, fungsi saraf kurang efisien. Sebab tu mereka yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecithin.

 6. Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Di samping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.

 7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.
8.Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.

 9. Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru-paru kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,high fever, asma, bronkitis dan emphysema.

 10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi-sendi) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang dan juga sistem penghadaman.

 11. Lecithin adalah zat untuk kecantikan. Ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab itu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala-gejala menopause.

 13. Lecithin bersama unsur-unsur lain digunakan untuk membuat BILE. Bile berfungsi mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat-zat seperti vitamin A,D,E dan K ke dalam badan

*Sebiji Lecithin Shaklee mengandungi 530mg Lecithin.
 
Ok, maklumat lanjut, boleh hubungi saya:
Puan Natrah Mohamed: 011-27016822 (SMS/WhatsApp)
 

Sunday, October 12, 2014

Wah, 31 Manfaat Omega!



26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan
otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE
(lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak



Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus


Jadi?
Siapa perlukan?
Orang yang baca entry inilah. Kerana mementingkan kesihatan yang bagus. Betul kan?

Jadi, SMS/WhatsApp saya segera untuk dapatkan ia sekarang. 

Natrah, 011-27016822.

Jumpa lagi dalam entry akan datang.

Gastrik telah berlalu pergi

Teks: Natrah Mohamed

Sejak dari sekolah menengah lagi saya alami gastrik. Kadang-kadang sepanjang malam tak boleh tidur. Berguing-guling. Nak buat apa pun tak boleh.
Penat menanggung sakit ni.
Apabila ke klinik. Doktor bagi ubat yang angin tu. Tak tahu berapa botol yang tak habis di telan. Ulang suara, tak habis. Saya tak mampu telan. 
Masuk matrik, universiti, berkerja di UKM, berkerja di taska, berbakul2 pengalaman tak boleh tidur malam. Akibat gastrik.
Akhirnya ku temui kini. Alhamdulillah tiada lagi sakit perut sepanjang hari.

Gastrik dan angin

Ha, tak cuba tak tahu.
Nak cuba, meh bagi tahu.
Natrah,
011-27016822

Omega 3, apa yang perlu tahu?


Teks: Natrah Mohamed



Omega 3 adalah asid lemak 
penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.


Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.


Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.



Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee


1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair
sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)


2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.


3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari
ketumpatan minyak hati ikan.


4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-
satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3
semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.


5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.


6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal
berteknologi terkini


7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask
omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum,
merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.


Aku handal menanggalkan lemak di dinding usus.

Teks: Natrah Mohamed


Aku sudah sinonim bila dianggap sebagai pemecah lemak pemecah kolestrol dan membantu mengurangkan berat badan.
Aku juga membantu fungsi saraf otak di mana aku membantu mengurangkan penyakit mudah lupa.
Aku dapat membantu pesakit darah tinggi, kencing manis dan jantung dengan melancarkan peredaran darah di pembuluh darah.
Ibu2 yang menyusukan anak amat berpuasa hati dengan diriku kerana dapat membantu melancarkan lubang payudara yang tersumbat.
Aku juga adalah agen awet muda. Wow... bangganya aku.
Lecithin, 180 biji

Tahukah anda?
Badanku dibuat daripada 'bovine' lembu yang disembelih. Tak was was kan?

Aku mengandungi:
 520 mg lesitin soya
 80mg kolin
 48mg inositol

Oleh itu aku sangat berkuasa dalam tugas memecahkan lemak.

Testimoni:
"Kak Yah suka sangat lecithin ni. Baru perasan lengan dah kecik lepas sebulan makan. Sebab tu nak order lagi. Bila nurse lain tahu, diorang pun nak makan lecithin juga."

Begitulah cerita lecithin :)
Mahu oder juga?

PM saya, Natrah Mohamed 011-27016822

Friday, October 10, 2014

Bersangka baik dengan anak, ia doa.

Teks: Natrah Mohamed

Apabila baca perkongsian Ustaz Ebit Lew, saya baca hingga me titisan terakhir. Hehe.

Apabila dengar Ustaz Ebit Lew di coring radio, saya dengar bersungguh, kadang-kadang mulut terlopong.

Begitu seorang pendakwah. Berjaya menyentuh hati-hati yang kering.

Selamat menghayati, perkongsian yang cukup indah dari Ustaz Ebit Lew.

Selepas ceramah seorang makcik jumpa saya. Dia mula ceritakan anak dia teruk, degil, tak dengar kata. Kuat merokok, sekarang memang degil dan tak boleh buat apa-apa dah..umur baru 17 tahun tapi memang tak dengar kata.

Saya dah tak nampak jalan nak buat apa, katanya. Kalau ustaz boleh bantu saya saya amat bertuah dan beruntung..tapi saya memang rasa mustahil..

Jawab saya, anak puan begitu kerana sangkaan puan begitu. Puan tolong berhenti sangka buruk padanya dan cakap buruk padanya. Dia baik dan bakal jadi orang hebat.

Ish ustaz ni takkanlah dia degil macam tu boleh jadi orang hebat. Saya harap dia jangan buat jahat jer..

Jawab saya puan tukar sangkaan dan doa puan..insyaAllah dia akan jadi orang hebat...Allah baik,Maha Penyayang, dia suka sangkaan yang baik....

InsyaAllah ustaz. Anak saya baik dan bakal jadi orang hebat. Macam tu yer ustaz?

Yer puan tukar sangkaan dan doa pada mereka. Saat kita bersangka baik dan cakap yang baik itulah iman. Harapan kepada hidayat dan kebaikan ialah iman. Nabi saw setiap hari berjumpa manusia yang menyusahkan dan ingin membunuhnya tapi sentiasa letakkan 100 peratus sangkaan baik bahawa sekali iman datang seseorang itu akan berubah juta kali lebih dari apa yang kita boleh bayangkan.

Dengan sangkaan dan harapan yang baik barulah kita semakin rajin menasihat dengan lembut. Bijak dan hikmah dalam membangunkan anak-anak. Tanpa sangka baik kita akan membenci. Dalam doa pun dengan marah. Dalam nasihat pun menjadi bebelan dan menyakitkan hati.

Selepas beberapa minggu dia ceritakan anaknya bertambah baik. Jawab saya alhamdulillah. Puan tadi kata, betul ustaz, saya mengubah sangkaan, dia pun berubah...sangkaan ibubapa adalah doa paling kuat buat anak-anak. Motivasi terbesar buat anak-anak...

Saya ingat mak saya selalu cakap pada saya. Mak tak risau kalau ebit jaga agama walaupun siang malam kena hina. Mesti Allah jaga. Dunia ni Allah punya.

Jika anak MANJA jer nak dukung. Itu tandanya mereka anak yang tahu nilai bahu mak ayah mereka..

Jika anak
nak ikut keluar rumah dan tak nak tinggal itu tandanya mereka bakal Daie besar..

Jika anak asyik bercakap tak berhenti itu tandanya mereka akan menjadi pendakwah yang suka berdakwah..

Jika anak selalu nak bergusti itu maknanya mereka pejuang agama. Mereka akan menegakkan kebenaran walaupun ia pahit...

Jika mereka pecahkan barang dan berebut barang kerana mereka inginkan perhatian ibubapa..

Anak kuat menangis insyaAllah esok dah besar senang mereka menjadi orang mudah menangis masa berdoa dan solat serta membuat amal baik..

Anak lambat sikit bercakap mungkin kerana mereka dahaga belaian dari ayah mereka yang sibuk.

Anak remaja dah besar macam-macam permintaannya itu tandanya mereka perlu di bawa bermujahadah di jalan Allah supaya mereka tahu erti hidup susah..

Anak remaja suka menyendiri mungkin Allah nak ingatkan keluarga itu supaya mula hidupkan sunnah dengan makan berjemaah dan berjalan bersama-sama yang mungkin sudah lama tidak dibuat..

Anak asyik buat salah mungkin kerana mereka tidak mendapat keadilan seperti adik beradik lain.

Anak berpura-pura dan banyak musihat mungkin kerana ibubapa kurang mendengar dan memahami mereka serta mungkin ibubapa selalu bergaduh depan anak-anak...

Anak gila artis dan glamour mungkin kerana ibubapa pun kaki tv dan hp dan boleh perlahan kurang-kurangkan dan beri masa baca hadis bersama anak-anak dan bawa majlis ilmu..

Anak-anak kuat melawan mungkin kerana kita di istidraj kerana tidak jaga solat berjemaah dan kurang bangun malam...

Sebagai anak pula jadilah anak yang membuat ibubapa tidak sempat nak sangka buruk dan bercakap buruk pasal kita.

Ya Allah jadikanlah anak kami daieMu dan berjaya dunia dan akhirat dan jadikan kami anak yang menyukakan kedua ibubapa kami dunia dan akhirat.Ya Allah terimalah kami semua.

~Ustaz Ebit Lew~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design