expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, September 2, 2014

Pengalaman Terindah Tahun 2010

Teks: Natrah Mohamed

Pada tahun 2010, saya bersalin anak sulung. Saya ada keturunan diabetes, suka makan nasi, maklumlah orang Kelantan. Jadi sewaktu mengandung, masalah yang dihadapi adalah diabetes melitus. Ia memang biasa dialami oleh ibu mengandung sebenarnya. Kena minum air gula untuk mengetahui tahap bacaan gula dalam darah. Itu ramai yang alami. Tapi tak semua. Namun diabetes sewaktu mengandung bahaya juga. Kerana, insulin tak mampu menukarkan gula daripada makanan kepada tenaga. Ia disalurkan kepada anak dan bertukar menjadi lemak.

Apa yang bahaya nya?
Ia boleh sebabkan anak yang bakal lahir terlebih besar, susah untuk keluar melalui bukaan pelvik, maka terpaksa dibedah. Ini yang saya faham daripada penerangan doktor. Oleh itu, doktor menasihatkan saya kawal pemakanan dan perlu bersalin tepat pada tarikh due. Tak boleh lebih kerana khuatir anak lebih besar.
Pada jun 2010, akhirnya saya selamat melahirkan baby lelaki berat 3.4kg. Saya masuk wad tanpa tanda-tanda untuk bersalin pada hari isnin malam selasa. Jam 10 malam kerana wad penuh. Sepatutnya masuk siang hari lagi. Tapi tak mengapa, waktu siang nya saya gunakan untuk berjalan-jalan dengan harapan bukaan jalan lebih mudah. Jam 10 lebih, bidan datang dan masuk kan ubat induce. Sepanjang malam saya masih belum rasa sakit atau apa2 contraction. Esok nya, bidan datang dan perisa, rupanya ubat induce belum pecah.

Sebiji lagi dimasukkan lepas sarapan pagi. Tengahari hingga ke malam saya berehat-rehat dan menunggu untuk bersalin. Tapi masih belum ada tanda-tanda untuk melahirkan. Contraction sudah mula dirasai. Alat pengesan pergerakan jantung dipasang dan saya hanya terbaring saja. Lewat tengah malam hari selasa baru rasa contraction yang kuat dan bukaan 3cm.

Bidan menyuruh saya dibawa ke dewan bersalin. Oh ya, saya berada di Hospital Pakar An-Nur, Bangi. Masuk dewan bersalin jam sudah melewati 12 malam. Doktor datang memeriksa dan jangkakan saya bersalin awal pagi nanti. Seorang doktor lelaki datang memberikan taklimat tentang epidural, saya mendengar sambil menahan sakit kontraksi. Suami menyerahkan kepada saya samada mahu ambil suntikan epidural atau tak. Setelah berfikir panjang, saya tanda tangan kebenaran. Doktor mencucuk dos epidural ke dalam badan melalui belakang badan. Atas tulang belakang.

Apabila epidural dimasukkan, saya mula berasa kebas dan tidak rasa sakit kontraksi. Namun, saya perasan, jururawat yang membantu terlebih atau tersilap melaraskan jumlah epidural tersebut. Jadinya, jumlah yang masuk ke dalam badan saya melebihi yang sepatutnya. Oleh sebab saya sedang mamai akibat tidak cukup tidur, saya lupa kan perkara itu.

Doktor nasihatkan saya tidur dan rehat secukupnya. Kesan epidural hanya dari pinggang ke bawah. Kebas dan saya rasa macam tiada kaki. Jam 5 pagi, doktor datang memeriksa, katanya lepas solat Subuh, dia akan datang sambut kelahiran anak saya. Suami yang tidur di kerusi tepi katil saya pun sudah bersedia untuk solat subuh. Alhamdulillah, selepas persiapan dilakukan sebaiknya, maka saya selamat melahirkan anak lelaki soleh yang diberi nama Ahmad Nasih bin Ahmad Sofiyuddin. Tiada rasa sakit melahirkan, kerana kesan epidural yang terlebih saya dapat. Saya disuruh push serta mengatur pernafasan sebaiknya. Saya mengikut semua arahan walaupun badan tersangat penat dan tidak tahu apa berlaku. Apabila doktor meletakkan seorang anak lelaki comel di atas dada, barulah saya mampu tersenyum. Sungguh indah perasan itu. :)
Alhamdulillah..

Saya diangkat dan disorong kembali ke wad lily 3, dalam keadaan masih pening, separuh sedar. Saya hanya mampu berbaring dan amat sukar untuk bangun atau duduk.
Itulah pengalaman manis melahirkan anak sulung.

InsyaAllah akan saya sambung lagi.

Oh ya, gambar menunjukkan vitamin set bersalin dan berpantang Shaklee. Pada 2010, saya masih belum mengenali Shaklee. Saya mengambil set bersalin jenama HPA.
Saya akan cerita kan dalam entry akan datang, jumpa lagi ya.
MamaNasih
Set mengandung, bersalin dan menyusu Shaklee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design