Monday, September 29, 2014

Naik Pentas Lagi !

Teks: Natrah Mohamed

Motivation Rally cum Raya Celebration sebenarnya. Raya Aidilfitri dijamak dengan Raya Haji. Heheh.

Kami sekeluarga sempat join semalam. Maklumlah dapat surat jemputan untuk hadir dari Shaklee. Teruja giler beb, bak kata orang muda-muda. Jam 12 tengahari bertolak dari Bangi. Sempat COD 2 botol GLA complex di seksyen 15 Shah Alam. Kami sampai di dewan Shah Alam Convention Centre jam 2 petang. Lepas pendaftaran, sempat sembang dengan anak beranak Surijunior, anak cucu Nasihat juga.

Downline saya, Fatihah dan anak nya, Zarith Safiza turut hadir. Ini acara pertama Zarith sertai. Moga menambah semangat ibu ini untuk terus menyebarkan kebaikan Shaklee. Fatihah biasa ke program yang Shaklee anjurkan. Semangat nya sejak sertai Shaklee hampir setahun yang lalu, masih kekal membara. Saya doakan Fatihah berjaya mendaki tangga demi tangga dengan Shaklee.

Ok, acara yang ditunggu adalah penganugerahan kepada leader-leader hebat Shaklee. Fuhh, nasib baik pangkat terawal dipanggil adalah Supervisor. Walaupun beratus-ratus yang beratur. Tapi, saya beratur juga. Nak merasa naik pentas sekali lagi. Hihi.. Bayangkan ala-ala National Conference gitu. Di National conference saya naik pentas dengan Ahmad Nasih, hero macho saya. Suami jagakan Nafiz. Kali ini pun, naik dengan Nasih juga. Nasih sangat sukakan Shaklee. Acara-acara Shaklee dia sertai sebagai budak-budak yang memeriahkan dan membisingkan suasana. Tapi, balik rumah, lain cerita nya. Dia akan ulang balik kata-kata orang yang berucap, menyatakan keterujaan dan rasa suka nya dapat menyertai program Shaklee.

Selepas turun pentas, suami ajak balik. Nak tukar tayar motor. Sebelum keluar sebelum nya, dia baru perasan, tayar motor sudah bengkak. Bahaya untuk dibawa berkerja. Jadi kena tukar juga sebelum kedai tayar tutup.

Kami bersalam dengan kenalan- kenalan yang hadir dan melangkah balik sewaktu Master Farihah memulakan bicara. Master Farihah upline saya, diberi peluang memberi kan sharing di hadapan hadirin. Kami titipkan kepada Zarith dan Fatihah untuk mendengar sharing dari ibu beranak 4 yang hebat ini.

Moga ketemu lagi dalam acara lain. InsyaAllah.

Salam sayang.

Natrah Mohamed,
Work At Home Mum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design