Teks: Natrah Mohamed.
Saja nak share cerita. Balik ke kampung 29 haribulan Ogos. Kampung suami. Mertua akan berlepas untuk mengerjakan Haji pada 30hb. Jadi, kami anak beranak balik. Kampung suami di Sungai Petani. Perancangan kami mahu bertolak jam 5 pagi, tapi terlewat bangun, banyak yang perlu diuruskan, maka hampir jam 10 pagi baru melepasi tol Kajang. Jalan agak sesak kerana ada raptai sempena hari Merdeka di dataran Merdeka.
Suami masuk mengguna jalan lama melalui exit Ipoh. Mencari masjid untuk solat Jumaat. Selesai solat Jumaat, perut sudah bernyanyi riang, maka saya mengajak suami mencari makanan. Haha...
Saya cadangkan, "Jom makan laksa Kuala Kangsar."
Suami menyahut, "Ok, 10km lagi."
Maka kami singgah Kuala Kangsar. Pekena laksa dan cendol. Cendol yang banyak dan agak sedap. Mungkin suami saya merasakan lebih sedap cendol depan sekolahnya, KISAS. Tapi saya tak kisah. Ada depan mata, kita belasah.Ishk, ganaih bebenor bunyinya.
![]() |
Cendol Kuala Kangsar |
![]() |
Laksa beras Kuala Kangsar. |
Ok, kami selamat menjamu selera laksa Kuala Kangsar bersama keluarga pada waktu malamnya. Dan, mak ayah selamat berlepas ke tanah suci Madinah pada jam 12.45 tengahari esoknya.
Sekian, cerita saya. Hihi..
Jumpa lagi.
Assalamualaikum
Natrah aka MamaNasih
No comments:
Post a Comment