Wednesday, October 29, 2014

5 sebab makan vitamin tak berkesan



Teks: Natrah Mohamed

Ada yang kata, makan suplemen dan vitamin ni tidak berkesan. Tak nampak kesan pada tubuh badannya dan kesihatannya. Macamana tu?

Ha, meh kita baca sama-sama, Mama Nasih nak bagitahu !

Supemen bukan macam ubatan lain. Sangat jauh beza dari ubatan yang menghilangakan rasa sakit dalam masa yang singkat. Contohnya panadol yang menghilangkan sakit secara cepat. Kalau senggugut contohnya, ramai yang ambil panadol menstrual. Kami di Shaklee mencadangkan ambil GLA Complex bagi mengurangkan senggugut. GLA adalah suplemen. Ia bukan mengurangkan sakit sengugut dengan segera. Ia perlu diambil sebelum tempoh haid datang lagi.

Jika makan suplemen, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan (90 hari) untuk benar-benar serasi dengan badan, tambahan sel kita hidup antara 90-120 hari. Usaha,Istiqamah,sabar
tu yang perlu kita ingatkan. kesan yang singkat tidak bagus buat badan. 

Tapi, kalau tak dapat jugak rasa manfaat dari pengambilan suplemen yang kita makan tu, nak buat macamana?

Semak dulu perkara-perkara ni,

1.Kurang minum air kosong/air putih/air masak/ plain water/ sky juice
 Huii, macam banyak! Sebenarnya, biasa disebut air kosong. Ramai yang ada masalah nak minum air kosong ni dan lebih gemar minum minuman yang berwarna dan berperisa. Kenapa tak suka minum air kosong? Tawar. Tak menarik. Sebenarnya baaaaanyak sangat kebaikan minum air kosong ni. 

Fakta:
Air manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Cuba buat perbandingan seminggu tak minum air manis, dan seminggu minum air manis. Akan rasa perbezaannya. Boleh cuba eksperimen sendiri.

Saranan:
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak. 1 liter bagi setiap 25kg berat badan. Jika ambil suplemen, kuantiti perlu lebih banyak. Supaya suplemen yang dimakan boleh diserap oleh tubuh dengan lebih baik. 
Jadi, minum air kosong tau.
Makan vitamin ke, tak makan vitamin ke, air kosong sangat penting dan baik untuk kesihatan tubuh badan.


2. Makan vitamin secara banyak sekaligus dalam satu masa
Makan vitamin memang bagus, tapi jangan teruja sangat sampai nak makan semua sekaligus vitamin-vitamin tu. Sebaik-baiknya rancanglah pemakanan vitamin tu dengan betul supaya badan dapat menyerap satu-persatu vitamin yang kita makan tu.

Fakta:
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air, sedangkan air penting untuk penyerapan vitamin dan juga untuk pengaliran darah kita.


Saranan:
Ok, lepas ni, tak payah la teruja sangat nak makan vitamin tu sekaligus. Sabar-sabarlah kot yer pun. Cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu-satu masa. Tau tak, pembahagian masa makan vitamin ni juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu-satu masa tertentu sahaja. Sekurang-kurangnya, jarakkan sejam untuk setiap jenis vitamin yang kita makan. Contoh, pukul 8am, makan Lecithin, pastu pukul 9am makan Alfalfa, dan seterusnya. Boleh boleh 'alarm' di telefon sebagai reminder.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat
Yang ni bagi anda yang dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan. Elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin. 

Tahukah anda:
Pengambilan ubat doktor dan ubat vitamin secara serentak boleh menyebabkan darah bercelaru ataupun confused sebab ada dua benda yang berbeza masuk dalam badan sekaligus. Oleh sebab itu, darah tidak menyerap vitamin dengan baik dan sempurna.

Saranan:
Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun, sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan doktor.


4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian
Sudah pastinya, minuman kafein (kopi/teh) menjadi minuman kegemaran rakyat Malaysia di waktu pagi, petang, malam. Macam tak cukup syarat kalau sehari tak minum air kafein ni kan? Hehehe..

Tahukah anda:
Pengambilan kafein boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Jadi, pengambilan minuman yang ada kafein yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ni. Maka, kita takkan dapat apa-apa manfaat pun dari pengambilan vitamin sebab vitamin akan rosak disebabkan pengambilan kafein secara berterusan.

Saranan:
Kurangkan minuman berkafein untuk dapatkan manfaat optimum dalam pengambilan vitamin yang kita makan. Kalau dah sehari tu 5 cawan kopi kita boleh minum, apa salah sikit demi sedikit kurangkan kepada 3 cawan..lepas tu, 1 cawan....InsyaAllah lepas tu, kita boleh lepaskan minuman berkafein ni. Macam saya, sejak kecil minum teh atau kopi terutama bila balik kampung. Tapi sekarang saya sangat kurang minum. Sekarang lebih memilih tamar koko. Pagi-pagi minum ESP + tamar koko untuk breakfast dan tak lupa minum air kosong.


5. Pantang larang makan vitamin
Jangan ingat makan vitamin tiada pantang larang tau. Ada sesetengah kita makan vitamin hentam kromo jer. Makan vitamin kena ada cara dan jadual pemakanan yang betul. Dan ada juga vitamin yang kita tak boleh makan bersama-sama.

Tahukah anda:
Pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu. Ini kerana ia akan menganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Selain itu juga, vitamin E tidak boleh diambil bersama-sama.

Alfalfa dan vitamin antioksida juga tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan. 

Saranan:
Adalah penting bagi kita untuk mengetahui apa pantang larang dalam pengambilan vitamin yang betul supaya badan dapat menyerap manfaat vitamin dengan baik dan sempurna. Dalam pemilihan vitamin, apa yang perlu diambil kira ialah:
  • Vitamin anda HALAL
  • Vitamin anda SELAMAT
  • Vitamin anda SEMULAJADI
  • Vitamin anda BERKESAN (Nak berkesan, ikut tips diatas. InsyaAllah akan dapat kesan yang diingini)
TIPS UNTUK IBU MENYUSU
Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan khuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli.

Sekian dari Mama Nasih.

Vitamin yang kami jual sudah lebih 50 tahun di pasaran. Sudah raaamai yang mendapat manfaat dan kebaikkannya.

Mari dapat kan dari kami. Natrah Mohamed : 011-27016822.

Terima kasih sudi jenguk blog ini.

Jangan lupa, dapat kan vitamin terbaik dari kami. ;)


Perbezaan Shaklee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design