Saturday, September 27, 2014

Acara Menuang Serbuk

Teks: Natrah Mohamed

Sebelum keluar rumah untuk restock tamar koko, saya perasan serbuk putih pada setiap anak tangga ke tingkat atas. Jenuh saya pikir, 'apokobondo ni?'

Kemudian baru saya teringat, tadi Nasih pegang 1 sachet susu kambing. Susu kambing minuman kegemarannya. Rasanya Nasih tuang sedikit susu tu atas tangga. Dari bawah sampai ke atas.

Apabila saya masuk ke kereta, dia dan si Nafiz sedang menunggu. Nasih sedang menaburkan susu kambing itu ke dalam kereta. Aduhai. Cepat-cepat saya ambil baki susu kambing itu dari tangan nya. Masukkan ke dalam beg tangan. Istighfar banyak-banyak. Saya buka enjin dan aircond kereta, bagi menenangkan diri.

Suami yang baru keluar dari bilik air, terus keluar rumah, tanpa sempat perasan kehadiran serbuk susu tersebut di tangga rumah.

Balik dari stokis, saya tunjukkan apa yang berlaku kepada suami. Suami hanya tersenyum dan gelak.
"Cuba tanya dia, apa maksud dia buat begitu? Mesti ada sebab tu."

Sel-sel otak si Nasih sedang berhubung. Layankan je lah. Tapi ini mendatangkan pembaziran, serta mengambil banyak tenaga dan masa mamanya untuk sapu dah mop tangga tersebut.

Tidak mengapa. Terima kasih Allah kerana kurniakan anak-anak bijak ini.

Natrah,

WAHM with 2 kids, Nasih and Nafiz.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design