Friday, September 5, 2014

6 Resepi Puri Buah dan Sayur Mudah serta Cepat

Teks: Natrah Mohamed

Pasti ibu-ibu tercari resepi memasak dan menyediakan makanan untuk sikecil. Mengikut kajian dan nasihat pakar pemakanan, bayi berumur 6 bulan ke atas sudah boleh diberikan makanan. Makanan ini sebagai pelengkap susu ibu. Susu ibu memang wajar menjadi menu utama lagi. Tetapi menu-menu sampingan sudah boleh diperkenalkan.

Ada sesetengah ibu yang menunggu sehingga anak tumbuh gigi terlebih dahulu. Menurut doktor, apabila gigi tumbuh, menunjukkan usus sudah bersedia menerima makanan lain selain susu ibu.

Saya lampirkan beberapa menu untuk panduan ibu-ibu atau penjaga. 

Cara membuat puri buah epal.

Cara Membuat  Puri Epal
1. Ambil sebiji epal, buang kulit serta bijinya
2. Cuci dan potong dadu buah tersebut.
3. Rebus hingga empuk dan toskan.
4. Biarkan seketika agar kurang panas.
5. Kisar bersama air masak atau susu ibu.


Cara membuat puri kentang
Cara Membuat  Puri Epal
1. Ambil sebiji epal, buang kulit serta bijinya
2. Cuci dan potong dadu buah tersebut.
3. Rebus hingga empuk dan toskan.
4. Biarkan seketika agar kurang panas.
5. Kisar bersama air masak atau susu ibu.

Cara membuat puri brokoli
Cara Membuat Puri Brokoli
1. Ambil 4 kuntum kecil brokoli, rendamkan dalam air seketika
2. Cuci bersih agar kotoran di celah-celah brokoli tersebut keluar.
3. Rebus hingga empuk dan toskan.
4. Biarkan seketika agar kurang panas.
5. Kisar bersama air masak atau susu ibu.

Cara membuat puri buah pir
Cara Membuat Puri Buah Pir
1. Ambil sebiji buah pir, buang kulit serta bijinya
2. Cuci dan potong dadu buah tersebut.
3. Rebus hingga empuk dan toskan.
4. Biarkan seketika agar kurang panas.
5. Kisar bersama air masak atau susu ibu sehingga halus.
6. Sedia untuk dimakan.

Cara membuat puri ubi keledek
Cara Membuat Puri Ubi Keledek
1. Ambil sebiji keledek bersaiz kecil, buang kulit.
2. Cuci dan potong dadu ubi tersebut.
3. Rebus hingga empuk dan toskan.
4. Biarkan seketika agar kurang panas.
5. Kisar bersama air masak atau susu ibu.

Cara membuat puri lobak merah.
Cara Membuat Puri Lobak Merah
1. Ambil sebiji lobak merah bersaiz kecil, buang kulitnya
2. Cuci dan potong dadu lobak tersebut.
3. Rebus hingga empuk dan toskan.
4. Biarkan seketika agar kurang panas.
5. Kisar bersama air masak atau susu ibu.


Selamat mencuba :)
Natrah aka Mama Nasih
Bangi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design