expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, September 30, 2014

12 Resepi Ohsem untuk Si Comel

Teks: Natrah Mohamed.
Saya terjumpa cara hias atau dipanggil 'meal presentation' ini dalam page Foood Style di FB.
Sungguh cantik, comel, cute, menarik, dan seangkatan dengan nya. Rasanya kalau saya buat, memang tak mahu makan la. Sayang. Heheh
Jom kita enjoy gambar ya. Ibu-ibu boleh cuba untuk anak-anak masing-masing.
Mama Nasih,

Monday, September 29, 2014

Naik Pentas Lagi !

Teks: Natrah Mohamed

Motivation Rally cum Raya Celebration sebenarnya. Raya Aidilfitri dijamak dengan Raya Haji. Heheh.

Kami sekeluarga sempat join semalam. Maklumlah dapat surat jemputan untuk hadir dari Shaklee. Teruja giler beb, bak kata orang muda-muda. Jam 12 tengahari bertolak dari Bangi. Sempat COD 2 botol GLA complex di seksyen 15 Shah Alam. Kami sampai di dewan Shah Alam Convention Centre jam 2 petang. Lepas pendaftaran, sempat sembang dengan anak beranak Surijunior, anak cucu Nasihat juga.

Downline saya, Fatihah dan anak nya, Zarith Safiza turut hadir. Ini acara pertama Zarith sertai. Moga menambah semangat ibu ini untuk terus menyebarkan kebaikan Shaklee. Fatihah biasa ke program yang Shaklee anjurkan. Semangat nya sejak sertai Shaklee hampir setahun yang lalu, masih kekal membara. Saya doakan Fatihah berjaya mendaki tangga demi tangga dengan Shaklee.

Ok, acara yang ditunggu adalah penganugerahan kepada leader-leader hebat Shaklee. Fuhh, nasib baik pangkat terawal dipanggil adalah Supervisor. Walaupun beratus-ratus yang beratur. Tapi, saya beratur juga. Nak merasa naik pentas sekali lagi. Hihi.. Bayangkan ala-ala National Conference gitu. Di National conference saya naik pentas dengan Ahmad Nasih, hero macho saya. Suami jagakan Nafiz. Kali ini pun, naik dengan Nasih juga. Nasih sangat sukakan Shaklee. Acara-acara Shaklee dia sertai sebagai budak-budak yang memeriahkan dan membisingkan suasana. Tapi, balik rumah, lain cerita nya. Dia akan ulang balik kata-kata orang yang berucap, menyatakan keterujaan dan rasa suka nya dapat menyertai program Shaklee.

Selepas turun pentas, suami ajak balik. Nak tukar tayar motor. Sebelum keluar sebelum nya, dia baru perasan, tayar motor sudah bengkak. Bahaya untuk dibawa berkerja. Jadi kena tukar juga sebelum kedai tayar tutup.

Kami bersalam dengan kenalan- kenalan yang hadir dan melangkah balik sewaktu Master Farihah memulakan bicara. Master Farihah upline saya, diberi peluang memberi kan sharing di hadapan hadirin. Kami titipkan kepada Zarith dan Fatihah untuk mendengar sharing dari ibu beranak 4 yang hebat ini.

Moga ketemu lagi dalam acara lain. InsyaAllah.

Salam sayang.

Natrah Mohamed,
Work At Home Mum.

Sunday, September 28, 2014

Misi Sihat dan Cantik II

Teks: Natrah Mohamed

Hari ini saya teruskan misi sihat dan cantik.

1. Minum pagi jam 7 pagi. ESP + Tamar Cocoa. MasyaAllah, lazat dan sedap !
2. Keluar berjalan-jalan ke sekeliling taman perumahan. Sambil hidup udara segar di pagi hari minggu, saya edarkan pamplet produk Shaklee. Mahu berkongsi khasiat Shaklee kepada jiran-jiran juga. Agar kami sama-sama sihat.

Alhamdulillah. Selesai misi meronda, saya teruskan ke kedai makan. Memesan sarapan untuk kami sekeluarga.

Balik rumah, mandi kerana badan berpeluh-peluh hasil dari berjalan-jalan.

3. Timbang berat badan. Ada turun ka? Ada. Alhamdulillah. 48.9kg pagi ni. Kena usaha lagi. Yeargh.

4. Sekejap lagi, misi sihat dan cantik diteruskan dengan menelan sesachet Collagen Powder. InsyaAllah.

Jom, sertai misi sihat dan cantik macam saya. Saya tawarkan produk Shaklee yang ternyata dikenali dan sudah terbukti prestasinya.

Natrah Mohamed,
Mahu sihat dan cantik. :)

Saturday, September 27, 2014

Acara Menuang Serbuk

Teks: Natrah Mohamed

Sebelum keluar rumah untuk restock tamar koko, saya perasan serbuk putih pada setiap anak tangga ke tingkat atas. Jenuh saya pikir, 'apokobondo ni?'

Kemudian baru saya teringat, tadi Nasih pegang 1 sachet susu kambing. Susu kambing minuman kegemarannya. Rasanya Nasih tuang sedikit susu tu atas tangga. Dari bawah sampai ke atas.

Apabila saya masuk ke kereta, dia dan si Nafiz sedang menunggu. Nasih sedang menaburkan susu kambing itu ke dalam kereta. Aduhai. Cepat-cepat saya ambil baki susu kambing itu dari tangan nya. Masukkan ke dalam beg tangan. Istighfar banyak-banyak. Saya buka enjin dan aircond kereta, bagi menenangkan diri.

Suami yang baru keluar dari bilik air, terus keluar rumah, tanpa sempat perasan kehadiran serbuk susu tersebut di tangga rumah.

Balik dari stokis, saya tunjukkan apa yang berlaku kepada suami. Suami hanya tersenyum dan gelak.
"Cuba tanya dia, apa maksud dia buat begitu? Mesti ada sebab tu."

Sel-sel otak si Nasih sedang berhubung. Layankan je lah. Tapi ini mendatangkan pembaziran, serta mengambil banyak tenaga dan masa mamanya untuk sapu dah mop tangga tersebut.

Tidak mengapa. Terima kasih Allah kerana kurniakan anak-anak bijak ini.

Natrah,

WAHM with 2 kids, Nasih and Nafiz.

Jimat RM10, air pun PERCUMA

Teks: Natrah Mohamed

Amboih, tajuk macam nak jual barang.

Tak jual barang ye.
Ni aktiviti kami anak beranak di hujung minggu.

Basuh kereta.

Papa Nasih basuh. Nasih bantu.
Saya bantu kemas dan buang sampah-sampah kat bahagian dalam kereta je.

" Basuh sendiri, jimat RM10. Lagipun air kan free." Suami saya.

Saya tambah, " Boleh bersenam sekaligus." ;)

Sebelum tu bantu cabut rumput. Rumput tumbuh dengan subur dan sihat dalam pasu dan di celah-celah simen garaj.
Hehe.. Selalu nya saya susah nak keluar rumah bersihkan halaman rumah. Tercongak dalam rumah je. Kalau nak keluar, terus masuk kereta dan keluar. Tak pandang kiri kanan dah. Maklumlah pegang si Nafiz. Hehe..

Basuh kereta dan cabut rumput, ini antara aktiviti hujung minggu yang selalu kami buat. Tapi dah berminggu-minggu tak buat. Maklumlah supersibuk. Ada saja program yang menyebabkan kami tak dapat lepak-lepak di rumah pada hujung minggu. Eh, sebenarnya saya suri rumah. Tapi kan saya dah bagi tahu tadi, saya jarang keluar untuk bersihkan halaman. Selalu keluar kejap ambil daun pandan dan kunyit atau serai saja. Tapi suami dulu yang memulakan inisiatif membersih halaman. Baru saya ikut.

Ok, jumpa lagi dalam entry akan datang.

Natrah aka Mama Nasih.

Misi Cantik dan Sihat

Teks: Natrah Mohamed

Hari ini meneruskan misi bercollagen. Eh, maksud saya misi mencantikkan kulit, rambut, kuku, menyihatkan tukang dan anggota badan. Hehe.. Dengan collagen powder Shaklee.

Ada yang telan collagen terus. Tanpa campur air atau apa-apa. Masuk dalam mulut dan telan. Tak payah pikir apa-apa. Tapi saya tak boleh. Sudah cuba, tak mampu menelan yang seterusnya.

Saya selesa campurkan dengan air minuman, ESP + koko tamar + Collagen Powder contoh nya.

Hari ini saya campurkan dengan Performance Drink. Rasa oren yang lazat dan menyegarkan. Boleh di telan dengan 2,3 tegukan. Selesai.

Ok, jumpa entry akan datang. Saya akan kongsikan resepi atau cara lain pula menikmati atau mempergunakan collagen ini.

Maklumlah usia hampir mencecah 3 series. Perlu kembalikan collagen dalam badan yang semakin kurang penghasilannya. Kesian badan kita. Nanti nampak tua, tak sihat, dan menggeleber pulak. Akibat tak cukup collagen.

Jumpa lagi.
Terima kasih sudi menjenguk di sini.

Salam sayang,

Natrah aka Mama Nasih

Friday, September 26, 2014

Aplikasi InsText yang Superbest

Teks: Natrah Mohamed

Aplikasi ini diperkenalkan oleh saudara mara saya dalam shaklee. Kami berkongsi tips dan saling memberi sokongan. Untuk sama-sama maju.

#InsText sangat senang digunakan. Aplikasi di download dari Google play bagi pengguna android macam saya. Poster cantik cun melecun dapat dibuat dalam masa kurang 3 minit setengah. Background sedia ada. Tambah teks dan icon jika mahu. Masuk kan image jika perlu. Senang sangat.

Saya kongsikan beberapa poster yang saya buat menggunakan instext.

Selamat mencuba dan berkongsi.

Natrah Mohamed

Thursday, September 25, 2014

Lelaki pun perlukan kolagen

Teks: Natrah Mohamed

Jangan ingat perempuan saja beria dan perlukan collagen. Lelaki pun perlu kan.

Kerana collagen ini unsur penting dalam badan. 75% daripada badan kita adalah collagen. Banyak tuh. Lelaki dan perempuan sama lah. Tetapi kenapa bila sebut collagen, terbayang perempuan? Kerana semua dah tahu fungsi collagen kan? Menganjal, menegangkan, menyerikan wajah dan badan.
Sebab perempuan terlajak suka cantik, maka nampak nya collagen laku di mata perempuan. ;)
Lelaki pun apa kurang nya. Sama-sama memerlukan collagen. Penting tu, terutama lelaki yang sudah mencecah 3 series dan aktif.
Ok, saya kongsikan 1 testimoni dari upline saya. Presidential Master Firdhaus Zulkifli yang mula mengambil collagen untuk masalah lututnya yang mengalami kecederaan.
Jemput baca ye. Untuk entry tentang kelebihan collagen, nanti kan ye.

Testimoni Collagen Powder

Selamat berjaya buat semua.
Terima kasih sudi jenguk blog ini.
Datang lagi ya.

Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi dan seluruh Malaysia



Wednesday, September 24, 2014

Kulit Cantik Idaman Wanita

Teks: Natrah Mohamed

Ada yang suka makan pil, minum cecair atau serbuk atau gunakan set penjagaan luaran.
Ada yang guna semua kaedah.
Untuk cantik, wanita berusaha apa saja, 
Saya pun begitu, maklumlah usia dah mencecah 3 series ;)

Apa yang anda guna untuk cantik dan kembalikan keremajaan kulit?

Saya gunakan produk-produk Shaklee. Kenapa pilih Shaklee? kerana ia Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, Sentiasa Hijau (Selamat untuk alam sekitar). Ini kelebihan Shaklee yang sudah lebih 50 tahun di pasaran.

Perbezaan Shaklee yang sentiasa terkehadapan.


Untuk penjagaan luaran, set Nutriwhite sangat disyorkan. Boleh bincang untuk saya cadangkan produk yang sesuai dengan kulit muka.

Nutriwhite untuk penjagaan luaran

Cara Nutriwhite bertindak

 Ini vitamin yang saya sendiri makan. Alhamdulillah, ia menjaga dari dalam. Kombinasi Vita E + Vita C + B Complex bukan saja untuk cantikkan kulit, malah bekalkan tenaga, kekalkan kesihatan, cegah demam dan selsema. Ha, untung gitteww.

Vitamin untuk kulit cantik dan sihat 

Lebih istimewa, ramai yang memilih Shaklee Collagen Powder. Untuk cantik, sihat tulang, gigi, rambut, dan anggota dalaman. Collagen Shaklee terlebih istimewa kerana melibatkan 7 bahan aktif yang membantu proses kulit jadi cantik, anjal, lembab dan sihat berseri lebih cepat.

Collagen Powder untuk kekalkan keanjalan dan kecantikan kulit.

Kandungan Shaklee Collagen Powder

Sumber Premium Collagen dari sisik ikan merah yang terdapat di lautan dalam. Lebih 5km dari permukaan laut.

Ok, teruja mahu dapatkan set kecantikan ini? Rugi aih membiarkan kulit dan badan kita dimamah usia. Perlu tingkatkan keyakinan diri untuk berhubung dan menjalani hidup. Kulit kusam, berjerawat, banyak parut, tona tak sekata, semua itu boleh diatasi. Saya akan kongsikan baaaanyak testimoni yang sudah berjaya.

Nantikan. 

Tapi, apa kata anda jadi testimoni tersebut.
Cuba dan jadi testimoni sendiri. Seronokkan?

Hubungi saya, Natrah: 011-27016822 atau jumpa di FB saya,Natrah Mohamed.

Terima kasih, Jenguk lagi ye blog ini :)



Hadiah Misteri untuk Ibu Menyusukan Anak Sepenuhnya Sehingga 6 bulan.

Teks: Natrah Mohamed.

Ha, sikit punya panjang tajuk ini.

Saya nak ajak ibu-ibu berkongsi keterujaan dapat menyusukan si kecil sepenuhnya dengan susu ibu sehingga 8 bulan.

Jadi, saya ajak ibu-ibu buat pengakuan. Sehingga jam 7.45 pagi ini ada 104 komen. Ini termasuk komen reply dari saya. Jumlah sebenarnya, nanti saya kira.
Hanya tulis 'I' sahaja di bahagian komen dan saya akan pilih seorang secara rawak untuk diberikan hadiah misteri. InsyaAllah, hadiah sudah ada. Kita pilih siapa pemenangnya. Mungkin saya tambah hadiah, jadikan 3 hadiah misteri.

Seronok ingin berkongsi dengan ibu-ibu kenalkan di FB.

Tapi tujuan saya, memberi semangat kepada ibu-ibu yang baru memulakan langkah untuk menyusu kan anak sepenuhnya sehingga 6 bulan.

Oh ya, anak saya, Nasih menyusu badan sepenuhnya sehingga 10 bulan. Nafiz sehingga 8 bulan.

Ok, kita jumpa lagi.

Terima kasih sudi membaca di sini.

Monday, September 8, 2014

Herbal Blend yang Panas !

Teks: Natrah Mohamed.

Herbal Blend sangat 'hot' di pasaran. 

Tapi ianya sungguh menenangkan.

Pilihan sesuai untuk sekeluarga. Krim untuk anak-anak yang gatal, ekzema, losyen untuk kulit kaki mak yang merekah. Cer cek tapak kaki masing-masing sekarang !


Krim Ajaib Shaklee


Herbal Blend pilihan ramai. Hot tau !


Kerana ia BEBAS dari PARABEN !

Paraben ni sejenis bahan sintetik pengawet yang digunakan dalam makanan, farmaseutikal, kosmetik dan produk penjagaan peribadi seperti deodorant, pembersih muka, gel mandian, pelembab dan syampu.

Paraben ni bantu produk-produk tersebut tahan lama, tetapi, paraben boleh memasuki sistem badan kita melalui kulit.

KESAN PARABEN?


Kesan pada bayi?
Baligh Lebih Awal. (Early Puberty)
Kebolehan paraben meniru hormon lain menyukarkan sistem endokrin berfungsi sempurna.

Maka akan menyebabkan kanak-kanak perempuan boleh baligh lebih awal contohnya seawal lapan tahun. Para pengkaji paraben mendapati bahawa, pembesaran buah zakar dan buah dada kepada kanak-kanak lelaki juga boleh berpunca daripada paraben.


Herbal Blend Shaklee

Yang penting, kena dapatkan Herbal Blend ni sekarang ! 
Stok dah tak banyak, pm segera!

Natrah Mohamed,
011-27016822

Friday, September 5, 2014

Bean Bag dari gabus Shaklee

Teks: Natrah Mohamed.


Saya minta Nabilah Ahmad tolong jahitkan sarung bean bag. Jadi, dia tolong beli kain dan jahit. Pos kepada saya.
Dapat saja sarung tersebut, saya terus masukkan gabus-gabus yang sedia disimpan. Berbulan juga saya simpan gabus-gabus atau polisterin putih yang terdapat dalam kotak Shaklee tersebut.

Alhamdulillah, jadilah bean bag yang sesuai untuk lepak-lepak di ruang tamu.

Selamat mencuba.

Natrah aka Mama Nasih

Cara Mudah Tambah Selera Makan Anak.

Teks: Natrah Mohamed.

Antara luahan hati ibu-ibu adalah:

Anak kurang selera makan.
Memilih menu.
Suka makanan ringan.
Tidak suka makan sayur.
Kurang makan buah.

Ini yang menjadi kegusaran hati ibu. Kawan-kawan sayalah ibu-ibu itu.
Saya nak cerita, anak bujang saya pun jenis kurang makan, tak suka sayur, suka makanan ringan. Pelbagai menu saya buat. Ada yang dia suka dan makan banyak. Tetapi kebanyakan masa, dia lebih suka makan nasi + kicap... Hmm...
Sejak kenal dengan Shaklee, saya bagi dia minum meal shakes. Campurkan ke dalam minuman dia. Bancuh dengan susu.
Alhamdulillah. Selera bertambah. Kejap-kejap mints makanan. Buka peti ais dan ambil makanan.

"Mama, tolong goreng fish ball."
"Mama, nak makan mee."
"Mama, boleh tak Amad nak karipap?"
"Mama, tolong buat donut."

Ha, itu dialog Nasih. Asyik nak makan bila minum meal shakes.
Walaupun dia suka makan, tapi tabiat tak suka makan sayur tu, susah nak ubah.
Tapi, saya yakin dengan meal shakes. Sebab ia membekalkan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Meal shakes ni kaya dengan protein yang bantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, darah dan anggota lain badan.

Best ke meal shakes ni?
Perisa vanilla semulajadi yang lazat.
Memang rugi tak minum meal shakes ni.
Sebotol sesuai untuk sekeluarga.
Kanak-kanak sampai warga emas.
 
Semuaaaaa sesuai.
Meh la grab sebotol.
Sempena promosi September ni, memang sangat murah dan jimat.

Natrah.
011-27016822
Jumpa lagi ya.

6 Resepi Puri Buah dan Sayur Mudah serta Cepat

Teks: Natrah Mohamed

Pasti ibu-ibu tercari resepi memasak dan menyediakan makanan untuk sikecil. Mengikut kajian dan nasihat pakar pemakanan, bayi berumur 6 bulan ke atas sudah boleh diberikan makanan. Makanan ini sebagai pelengkap susu ibu. Susu ibu memang wajar menjadi menu utama lagi. Tetapi menu-menu sampingan sudah boleh diperkenalkan.

Ada sesetengah ibu yang menunggu sehingga anak tumbuh gigi terlebih dahulu. Menurut doktor, apabila gigi tumbuh, menunjukkan usus sudah bersedia menerima makanan lain selain susu ibu.

Saya lampirkan beberapa menu untuk panduan ibu-ibu atau penjaga. 

Cara membuat puri buah epal.

Cara Membuat  Puri Epal
1. Ambil sebiji epal, buang kulit serta bijinya
2. Cuci dan potong dadu buah tersebut.
3. Rebus hingga empuk dan toskan.
4. Biarkan seketika agar kurang panas.
5. Kisar bersama air masak atau susu ibu.


Cara membuat puri kentang
Cara Membuat  Puri Epal
1. Ambil sebiji epal, buang kulit serta bijinya
2. Cuci dan potong dadu buah tersebut.
3. Rebus hingga empuk dan toskan.
4. Biarkan seketika agar kurang panas.
5. Kisar bersama air masak atau susu ibu.

Cara membuat puri brokoli
Cara Membuat Puri Brokoli
1. Ambil 4 kuntum kecil brokoli, rendamkan dalam air seketika
2. Cuci bersih agar kotoran di celah-celah brokoli tersebut keluar.
3. Rebus hingga empuk dan toskan.
4. Biarkan seketika agar kurang panas.
5. Kisar bersama air masak atau susu ibu.

Cara membuat puri buah pir
Cara Membuat Puri Buah Pir
1. Ambil sebiji buah pir, buang kulit serta bijinya
2. Cuci dan potong dadu buah tersebut.
3. Rebus hingga empuk dan toskan.
4. Biarkan seketika agar kurang panas.
5. Kisar bersama air masak atau susu ibu sehingga halus.
6. Sedia untuk dimakan.

Cara membuat puri ubi keledek
Cara Membuat Puri Ubi Keledek
1. Ambil sebiji keledek bersaiz kecil, buang kulit.
2. Cuci dan potong dadu ubi tersebut.
3. Rebus hingga empuk dan toskan.
4. Biarkan seketika agar kurang panas.
5. Kisar bersama air masak atau susu ibu.

Cara membuat puri lobak merah.
Cara Membuat Puri Lobak Merah
1. Ambil sebiji lobak merah bersaiz kecil, buang kulitnya
2. Cuci dan potong dadu lobak tersebut.
3. Rebus hingga empuk dan toskan.
4. Biarkan seketika agar kurang panas.
5. Kisar bersama air masak atau susu ibu.


Selamat mencuba :)
Natrah aka Mama Nasih
Bangi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design