Tak boleh makan, tengok je.

Teks: Natrah Mohamed

Semalam acik Yaqeen tumpangkan 2 anak bujang nya, Fatih dan Farabi di rumah kami. Tumpang kan sekejap sementara ke bank. Nasih eksited sangat. Kawan datang. Fatih 3 tahun lebih. Farabi 2 tahun. Tapi Nasih macam biasa, geng dengan Fatih saja. Farabi terpinga-pinga. Hehehe.

Main tak ingat dunia. Sejam kemudian acik Yaqeen datang ambil kembali 2 anak bujang tersebut. Dia hulurkan putu bamboo perasa pandan.
"Ini untuk Nasih." Acik Yaqeen berikan pada Nasih.
Ahmad Nasih ambil dan seperti biasa simpan di rak kesayangannya.
Selepas semua balik, saya minta Nasih ambil dan makan.
Saya buka bungkusan dan mahu suapkan kepada Nafiz.
Nasih bertanya,
"Mama, ni apa?"
"Ni putu. Sedap. Cuba makan."

"Ni panda la mama, tak boleh makan, tengok aje."
Eh, mana si Nasih tahu ni panda. Siap cakap tak boleh makan lagi.
Rupanya kerana putu bamboo tu ada gambar panda pada stickernya.

Terpengaruh dengan iklan panda di TV la tu.
Saya terangkan pada nya, gambar panda pada luar bekas. Dalam nya ada putu yang boleh dimakan. Nasih  tetap bertegas itu panda. Berkali-kali saya terangkan. Akhirnya dia faham. Hehehehe

Nasih mencuba semulut saja. Kemudian, sambung main.

Jadi, saya sambung suap kepada Nafiz.

Ok, itu cerita nya.

Terima kasih sudi baca.

Natrah,
WAHM with 2 kids.

Powered by Blogger.

Blog Archive

Legasi Nasih Maju

Legasi Nasih Maju
Pengedar dan pembekal produk kesihatan dan kecantikan Shaklee

Anak Pintar Cerdas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...