Tuesday, August 19, 2014

Rendang ayam. Mudah rupanya.


Teks: Natrah Mohamed.

Tahun ini giliran raya di sebelah suami. Di Sungai Petani Kedah. Orang utara jarang buat rendang. 5 buah rumah yang kami ziarah, semuanya hidang gulai daging. Untuk cicah dengan ketupat palas. Kalau di Kelantan, kami cicah ketupat palas dengan rendang atau manisan tebu. Oleh sebab raya ke 3 baru bertolak balik Kelantan, kampung saya, maka tak berkesempatanlah makan rendang. Sudah habis. Hehe. Ma saya masak hari raya ke 2. Dengan jumlah ahli keluarga hampir 20 orang di rumah tersebut, sekali hadap saja rendang tersebut.


Ini yang menyebabkan saya beria sangat nak buat rendang. Sebab tak sempat makan di kampung. 17 hb, ada jamuan raya geng KISAS (sekolah suami) serta jamuan raya sahabat2 IT yang saya sertai. Jadi saya sukarela nak bawa rendang sebagai menu pot luck. Rendang ayam lerrr. Walaupun saya tak pernah masak sendiri. Hihihi. Tapi saya nak cuba. 
Saya google resepi. Jumpa dalam blog tiffinbiru (Che Mat). Ini resepi Kelantan. Saya salin dan imagine cara buat. 
Sehari sebelum buat, saya telefon K Long, tanya apa lagi nak dimasukkan. Ok, ada beberapa bahan tambahan di perlukan seperti kerisik, serbuk ketumbar dan asam jawa.
Jadi, saya keluar ke PKNS Bangi untuk cukupkan bahan. Kebetulan nak jumpa orang untuk COD Tamar koko. 
Ini bahan nya untuk 1 ekor ayam. (Saya masak 3 ekor ayam, jadi saya gandakan 3 dari kuantiti yang di tulis ini.

*10 biji bawang merah kecil
* 1 ulas bawang besar
* 1¹/² inci halia
*½ inci kunyit hidup 
*10 biji cili merah
 5 helai daun limau purut
4 batang serai
 2 cawan pati santan
1 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit (dimayang halus)
Air asam jawa
Serbuk ketumbar
Gula manisan/ Nisan kerek
Garam dan gula secukupnya.

Bahan bertanya * diblender halus.

16 hb malam, saya kupas bawang dan sediakan semua bahan. Kemudian kisar. Simpan dalam peti ais. 
Ayam di keluarkan dari peti ais dan basuh bersih2. Kemudian simpan balik.

Esok nya,17 hb, selepas subuh, mula bertukang di dapur. 
Masuk kan ayam dan semua bahan perencah yang sudah dikisar. Kena sentiasa perhati dan kacau. 2 buah kali digunakan. Suami bantu kacau sekali sekala. Sambil2 saya berwhasap dengan kawan2 IT yang juga sedang menyediakan menu pot luck masing2 di rumah. Sambil menyusu Nafiz juga.

Oh ya, resepi yang diambil dari blog Che Mat Gebu, kena tumis. Tapi k Long saya ajar tak perlu tumis, letak semua bahan, gaul dan biarkan di atas tapi. 
Saya gaul semua bahan, kecuali santan. Ayam nampak sedikit masak, airnya sedikit kering, saya masukkan santan sertai kerisik. 
Agak-agak kering santan nya, saya masuk kan daun kunyit dan daun limau purut.

Lebih kurang jam 8 pagi, dah siap menu rendang ayam. Senang je rupanya. Hehehe..


Rendang ayam mudah dan simple
Pembantu chef yang terbaik, suami saya la.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design