Saturday, July 5, 2014

Tips Melatih Anak Berpuasa

Teks: Natrah Mohamed

Nasih baru 4 tahun. Nafiz baru 1 tahun. Masih muda lagi untuk berpuasa. Tapi tidak terlalu awal untuk diberi pemahaman dan perkenalkan dengan Ramadhan dan puasa. Ramadhan adalah bulan latihan, juga bulan untuk melatih anak. Melatih anak kenal maksud puasa, kenal surau masjid, bulan lain, nak ikut papanya ke surau sewaktu solat Maghrib Isyak, tapi tak dibenarkan. Hehe. Dia budak yang suka berlari-lari marathon. Untuk elakkan papanya berlari marathon juga, eloklah tidak dibawa bersama.

Ok, kembali kepada Ramadhan, inilah masa terbaik untuk perkenalkan anak dengan maksud solat dan solat berjemaah. Kami baawa anak-anak untuk merasai suasana solehah. 



Ok, mari kita baca tips melatih anak-anak berpuasa. Dari web ILuvIslam.

1. Memberi pemahaman tentang kepentingan Ramadhan. Seeloknya dilakukan sebelum tiba bulan Ramadhan lagi. Gunakan kata-kata yang jelas intonasinya, lembat lembut gaya pujuk, dan menggunakan bahasa yang sederhana sesuai dengan umur anak. Jelaskan apa itu puasa, bila waktunya untuk berpuasa, apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika berpuasa. InsyaAllah akan timbul niat dalam diri anak bila tibanya Ramadhan.

2. Sambutlah bulan Ramadan dengan wajah yang berseri-seri dan penuh ceria. Anak pasti akan bersemangat untuk berpuasa dan akan dipraktikkan dengan mudah hingga mereka meningkat dewasa.

3. Menetapkan waktu tidur anak bagi memudahkan mereka bangun sahur.

4. Tidak meletakkan makanan mahupun minuman secara terbuka di hadapan mereka. Letak jauh daripada perhatian anak.

5. Seeloknya jauhkan anak daripada bergaul dengan kawan-kawannya yang malas berpuasa sebaliknya galakkan anak bergaul dengan kawan-kawannya yang rajin berpuasa.

6. Menjanjikan hadiah sebagai rangsangan. Di samping penghargaan dan pujian sebagai anak yang sabar, hadiah berupa peralatan pembelajaran boleh juga diberikan.

7. Beritahu tentang pahala dan syurga Allah s.w.t. kepada anak. Mereka pasti akan merasa seronok sekaligus dapat berbakti kepada kedua ibu bapanya.

8. Memberi alternatif pengisian waktu yang tepat dan positif. Contohnya, waktu tidur atau memberi permainan yang mendidik agar anak lupa dengan rasa haus dan lapar. Ibu bapa juga boleh mengajaknya mengaji Al Quran bersama sama dan membacakan kisah-kisah teladan para Nabi dan Rasul.

9. Mengajak anak menyemarakkan syiar Islam seperti solat terawih berjemaah di masjid, mengaji dan mengkaji Al Quran dan sebagainya.

10. Mula lah mengajar anak berpuasa di bulan Ramadhan dari umur seawal mungkin. Perhatian yang berterusan dengan pengendalian yang bijak dapat mencambahkan kesedaran serta minat anak untuk berpuasa. Mendidik anak2 adalah satu tanggungjawab. Kesedaran anak dalam bab berpuasa merupakan tabungan ibadah bagi kita sebagai ibu bapa yang telah mendidik mereka dengan cara yang sewajarnya.

Selamat mencuba.

[Ibubapa Cemerlang, tips dari Iluvislam]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design