expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, July 1, 2014

Mengapa masjid ini dipilih?

Hari ke 2 berpuasa, kami diizinkan Allah untuk berbuka dan solat Maghrib, Isyak serta terawih di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. 
Kenapa ia menjadi pilihan kami?

1. Masjid ini besar, banyak parking. Ini masjid utama di Bandar Baru Bangi.
2. Suasana santai dan mesra keluarga. Ramai yang bawa anak-anak kecil turut sertai berbuka di sini. 
3. Semasa terawih, disediakan bilik khas untuk anak-anak kecil berehat dan bermain. Beberapa anak gadis comel turut membantu mengasuh anak-anak ini sewaktu ibu-ibu bersolat.
4. Tandas dan ruang wuduk yang besar dan selesa. Ini yang saya suka. Tandas dekat dengan tempat solat. 
5. Peluang berjumpa dengan sahabat-sahabat dikenali sangat tinggi. Setiap hari berjumpa dengan sahabat2 Nisa dan seUKM yang turut berbuka di sini. Serta boleh beramah mesra dengan jemaah yang lain juga.


Ok, itu saja. Jika ada penambahan, saya tambah.

Terima kasih sudi membaca. Teruskan beribadah dalam bulan mulia ini.

MamaNasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design