expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, July 22, 2014

Ia menjadi fenomena

Teks: Natrah Mohamed

Bulan ini, Julai 2014 produk ini menjadi fenomena. Kenapa? Ini produk paling hebat Shaklee keluarkan.

Bulan ini saya mencubanya.
Bismillah... Rasanya kelat dan masak sikit. Tapi sedap. Saya campurkan dalam minuman performance drink. Minum sewaktu berbuka. Hanya beberapa titis untuk untuk minuman kami suami isteri.

Alhamdulillah, saya dan suami kekalkan bertenaga untuk berterawih, beribadat dan meneruskan aktiviti harian yang lain. Menguruskan dua anak comel di rumah agak meletihkan. Dengan kerja-kerja rumah yang tak pernah selesai. Ternyata, gabungan PD+ VIVIX sangat membantu. Biiznillah.

Selamat mencuba.
Natrah Mohamed
011-27016822

Project I am A Muslim II

Teks: Natrah Mohamed
Ini antara gambar anak- anak comel yang beraksi menjayakan #ProjectIamAMuslim.
Terima kasih anak-anak sayang.
Anak-anak JASA
Nafiz, putera kedua kesayangan.
Abang Nasih yang suka bergambar.

Project I am a Muslim

Teks: Natrah Mohamed

2,3 hari ini, saya sibuk uruskan #ProjectIamAMuslim.

Bukan uruskan apa sangat. Semua di hujung jari.

Projek ini kendalian Miss Aliza Kim. Model antarabangsa. NGO yang saya sertai, JASA pernah membuat forum bersama beliau. Jadi, beliau mengajak kami sertai projek ini.

Jom sertai.
Ambil gambar.
Postkan ke media yang kita ada seperti FB, Instagram, WhatsApp, twitter, blog dan apa saja.
Jangan lupa perkataan ini: #ProjectIamAMuslim

Ok, saya akan kongsikan gambar-gambar dalam entry akan datang.

Wednesday, July 16, 2014

Cara Elakkan Dehidrasi


Dehidrasi adalah situasi tubuh kita kekurangan cecair dalam badan. Jumlah air yang masuk kurang daripada yang keluar.

Tanda dehidrasi?
Kulit kering, dahaga, penat, lemah badan, pening atau rasa macam mahu pitam.

Bahaya ke dehidrasi ini?
Bahaya! Silap-silap boleh pitam dan pengsan.
Kalau terjadi kepada bayi lagi bahaya.

Ok, bagaimana mahu elakkan? Terutama di bulan Ramadhan ini.
√Perbanyakkan minum air. Sekurang-kurang 8 gelas sehari. Atau minum mengikut sukatan berat badan kita sendiri. 1 liter air untuk 25kg berat badan. Boleh kira sendiri kan? He he. 
√ Elakkan makan makanan masin atau yang boleh menyerap air dari badan. Makanan apa tu? Asam contohnya atau makanan bergoreng.
√ Kurangkan aktiviti luar atau berada di tengah panas. Jadi, badan kurang berpeluh, kandungan air dalam badan boleh dijaga. He he. Terjaga gittew.

√ Tips istimewa di bulan Ramadhan ini. Untuk pastikan kita minum air dengan mencukupi. Sepanjang malam, minum air masak atau air yang boleh kekalkan bendalir dalam badan. Saranan saya, Performance Drink Shaklee.
Ini yang saya bawa setiap malam ke terawih dan minum sebelum serta selepas solat terawih.
Bancuh PD siap-siap dalam botol Tupperware. Bawa ke masjid. Minum apabila mahu. Sebolehnya, habiskan sebotol. 
PD juga menjadi Minuman kami sewaktu berbuka puasa. Tak panjang air lain dah. PD saja pilihan hati. Hahaha.

Ok, boleh huhungi saya untuk dapat kan PD ini. Cepat-cepat ye. Sebelum badan terdehidrasi. Musim panas sekarang ni, bahaya dibiarkan badan tak cukup air.


9 Kelebihan Tahajud

Teks: Natrah Mohamed

Alhamdulillah, malam ini kami berbincang dan berkongsi pengalaman tahajud. Siapa kami ni? Anak beranak Shaklee saya. Yang begitu semangat meneruskan misi membantu orang lain sihat juga.

Kelas dikendalikan oleh Puan Akmal. Anak Shaklee saya dari Bera, Pahang. Seirang cikgu. Mahu dapatkan produk shaklee, boleh hubungi puan Akmal ini: 0 19-234 2090.

Antara yang kami bincang: kelebihan solat tahajud, waktu untuk solat, hadis yang berkaitan dan doa.

Kelebihan solat tahajjud.
Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia ialah:-
✅ Jauh daripada segala penyakit
✅ Lahir kesan taqwa pada wajahnya
✅Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh
manusia
✅Percakapannya mengandungi hikmah
(kebijaksanaan)
✅Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki
dalam agama (halal dan diberkati).

Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
✅Dibangkitkan dari kubur dengan wajah
berseri-seri
✅Dipermudahkan hisab
✅ Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
✅Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”

InsyaAllah, mari kita beramal.

Salam sayang,
Natrah
Pengedar Shaklee
011-27016822

Saturday, July 5, 2014

Tips Melatih Anak Berpuasa

Teks: Natrah Mohamed

Nasih baru 4 tahun. Nafiz baru 1 tahun. Masih muda lagi untuk berpuasa. Tapi tidak terlalu awal untuk diberi pemahaman dan perkenalkan dengan Ramadhan dan puasa. Ramadhan adalah bulan latihan, juga bulan untuk melatih anak. Melatih anak kenal maksud puasa, kenal surau masjid, bulan lain, nak ikut papanya ke surau sewaktu solat Maghrib Isyak, tapi tak dibenarkan. Hehe. Dia budak yang suka berlari-lari marathon. Untuk elakkan papanya berlari marathon juga, eloklah tidak dibawa bersama.

Ok, kembali kepada Ramadhan, inilah masa terbaik untuk perkenalkan anak dengan maksud solat dan solat berjemaah. Kami baawa anak-anak untuk merasai suasana solehah. 



Ok, mari kita baca tips melatih anak-anak berpuasa. Dari web ILuvIslam.

1. Memberi pemahaman tentang kepentingan Ramadhan. Seeloknya dilakukan sebelum tiba bulan Ramadhan lagi. Gunakan kata-kata yang jelas intonasinya, lembat lembut gaya pujuk, dan menggunakan bahasa yang sederhana sesuai dengan umur anak. Jelaskan apa itu puasa, bila waktunya untuk berpuasa, apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika berpuasa. InsyaAllah akan timbul niat dalam diri anak bila tibanya Ramadhan.

2. Sambutlah bulan Ramadan dengan wajah yang berseri-seri dan penuh ceria. Anak pasti akan bersemangat untuk berpuasa dan akan dipraktikkan dengan mudah hingga mereka meningkat dewasa.

3. Menetapkan waktu tidur anak bagi memudahkan mereka bangun sahur.

4. Tidak meletakkan makanan mahupun minuman secara terbuka di hadapan mereka. Letak jauh daripada perhatian anak.

5. Seeloknya jauhkan anak daripada bergaul dengan kawan-kawannya yang malas berpuasa sebaliknya galakkan anak bergaul dengan kawan-kawannya yang rajin berpuasa.

6. Menjanjikan hadiah sebagai rangsangan. Di samping penghargaan dan pujian sebagai anak yang sabar, hadiah berupa peralatan pembelajaran boleh juga diberikan.

7. Beritahu tentang pahala dan syurga Allah s.w.t. kepada anak. Mereka pasti akan merasa seronok sekaligus dapat berbakti kepada kedua ibu bapanya.

8. Memberi alternatif pengisian waktu yang tepat dan positif. Contohnya, waktu tidur atau memberi permainan yang mendidik agar anak lupa dengan rasa haus dan lapar. Ibu bapa juga boleh mengajaknya mengaji Al Quran bersama sama dan membacakan kisah-kisah teladan para Nabi dan Rasul.

9. Mengajak anak menyemarakkan syiar Islam seperti solat terawih berjemaah di masjid, mengaji dan mengkaji Al Quran dan sebagainya.

10. Mula lah mengajar anak berpuasa di bulan Ramadhan dari umur seawal mungkin. Perhatian yang berterusan dengan pengendalian yang bijak dapat mencambahkan kesedaran serta minat anak untuk berpuasa. Mendidik anak2 adalah satu tanggungjawab. Kesedaran anak dalam bab berpuasa merupakan tabungan ibadah bagi kita sebagai ibu bapa yang telah mendidik mereka dengan cara yang sewajarnya.

Selamat mencuba.

[Ibubapa Cemerlang, tips dari Iluvislam]

Beli Sekarang

Yakin Selamat, Berkesan dan Mesra Alam

Tuesday, July 1, 2014

Mengapa masjid ini dipilih?

Hari ke 2 berpuasa, kami diizinkan Allah untuk berbuka dan solat Maghrib, Isyak serta terawih di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. 
Kenapa ia menjadi pilihan kami?

1. Masjid ini besar, banyak parking. Ini masjid utama di Bandar Baru Bangi.
2. Suasana santai dan mesra keluarga. Ramai yang bawa anak-anak kecil turut sertai berbuka di sini. 
3. Semasa terawih, disediakan bilik khas untuk anak-anak kecil berehat dan bermain. Beberapa anak gadis comel turut membantu mengasuh anak-anak ini sewaktu ibu-ibu bersolat.
4. Tandas dan ruang wuduk yang besar dan selesa. Ini yang saya suka. Tandas dekat dengan tempat solat. 
5. Peluang berjumpa dengan sahabat-sahabat dikenali sangat tinggi. Setiap hari berjumpa dengan sahabat2 Nisa dan seUKM yang turut berbuka di sini. Serta boleh beramah mesra dengan jemaah yang lain juga.


Ok, itu saja. Jika ada penambahan, saya tambah.

Terima kasih sudi membaca. Teruskan beribadah dalam bulan mulia ini.

MamaNasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design