Tadarus digantikan dengan tilawah?

Usrah minggu lepas, ustazah Radhiah Idris membetulkan pemahaman kami terhadap istilah yang digunakan.

Kami biasa menyebut tadarus. Aktiviti kami memberikan setiap orang 2 muka surat dan membaca di tempat masing-masing walau di mana berada. Kami berhubung melalui kumpulan WhatsApp Shaklee. Setelah berbulan-bulan menggunakan istilah tadarus, kami menukar ke istilah tilawah.

Tadarus --> baca berkumpulan. Setiap orang baca ayat masing-masing, manakala yang lain dengar dan cuba betulkan bacaan jika salah. Ini yang biasa kami buat sejak dulu.

Tilawah --> baca sendiri-sendiri. Tiada sesiapa yang dengar dan betulkan bacaan jika salah.

Ok, setelah ustazah berikan penjelasan, kami tukarkan istilah. Cuma cara masih sama. Target saya, sempat habiskan atau khatam bacaan quran sehingga akhir Ramadhan.
Sekarang kami guna konsep ODOJ. One Day One Juz. Tapi sebab bagi 2 mukasurat seorang, bacaan terlebih daripada juz sebenar. Contohnya hari ini juz ke 3. Mukasurat 42-61. Tapi semalam kami sudah baca sehingga mukasurat 44.
Tidak mengapa. Moga Allah lancarkan perjalanan kami. Perjalanan membiasakan diri dengan alQuran.

Tilawah al Quran ini saya buat dalam kumpulan WhatsApp ahli Shaklee saya.
Ya Allah, syukur sangat dikurniakan downline yang baik-baik dan suka membaca Quran ini.

Mahu sertai Tilawah kami ini?
Boleh. Hubungi 011-27016822.

Natrah aka Mama Nasih ;)

Powered by Blogger.

Blog Archive

Legasi Nasih Maju

Legasi Nasih Maju
Pengedar dan pembekal produk kesihatan dan kecantikan Shaklee

Anak Pintar Cerdas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...