Wednesday, June 11, 2014

Perbezaan DIdikan Anak Lelaki dan Perempuan

Teks: Natrah Mohamed

Rupanya, banyak beza cara mendidik anak lelaki dan perempuan. Saya terjumpa perbezaan ini di blog Seindahmimpiku. Mari kita bincangkan.

Anak lelaki

1. Anak lelaki bakal pemimpin. Jadi tanamkan dan latih sifat kepimpinan dalam diri mereka. Alhamdulillah, sudah bermula untuk Nasih.
2. Dekatkan mereka dengan masjid dan surau. Yang ini pun kami buat. Masjid antara destinasi utama kami. Dia sangat teruja untuk ke masjid, ramai kawan dan kawasan sangat luas untuk berlari. Tapi bila papanya ke masjid untuk solat jemaah tanpa saya, memang tak boleh bawa. Tidak terkawal jadinya.
3. Lebihkan gerak kerja yang lasak, outdoor dan berpanas. Baik. Akan diamalkan.
4. Latih mereka jadi imam solat. Nasih selalu offer diri menjadi imam saya. Saya layankan aje. Dia akan jadi imam, saya ikut pergerakannya, tapi selalunya saya lebih mendahului dia dalam banyak pergerakkan. Dia membaca al-Fatihah dengan kuat gaya papanya. hihi. 
5. Ajarkan ilmu yang patut diketahui oleh lelaki.
6. Elakkan membeli alat mainan untuk budak perempuan. Nasih banyak mainan masak-masak juga. Tidak mengapa. Orang lelaki patut tahu dan minat memasaak.
7. Buat pasport antarabangsa dan cari peluang belajar ke luar negara. Erm, boleh dipertimbangkan.
8. Galakkan mereka sertai aktiviti kebajikan seperti gotong royong. InsyaAllah.


Cara Didik Anak 
Ok, itu saja, jangan segan datang lagi untuk tips lain lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design