Thursday, June 12, 2014

Panduan untuk wanita Islam. Wajib baca!


Malam tadi saya bawa anak-anak ke usrah Nisa Serdang. Walaupun saya tahu kehadiran mereka boleh menganggu konsentradi, tapi saya mahu biasakan mereka dengan majlis ilmu, berada dalam majlis ilmu.


Nasih (baju hijau) sedang fokus main.

Alhamdulillah, Nasih bermain dengan baik bersama beberapa kawan baru. Seronok sangat nampaknya. Nafiz kerjanya mengutip sampah di lantai untuk dimasukkan dalam mulut. Jenuh saya mengutip dia yang aktif ke sana sini.
Nafiz main bersama kawan baru

.



Ok, ini saya kongsikan poin yang sempat di salin. Masa awal-awal saya tak sempat fokus, jadi tak dapat bagi penerangan dengan baik tentang darah haid dan tempoh istihadah. Yang saya sempat fokus tentang masalah keputihan dan angin keluar dari faraj semasa solat.


Ok, teruskan bacaan.

Perkongsian dari Usrah Nisa' Serdang. 11 Jun 2014.

Mandi

1. Harus. Setiap pagi yg kita biasa mandi. Tiada sebab untuk mandi. Hanya untuk kebersihan diri. Tak mandi pun takpa, tapi nanti busyuk 

2. Mandi sunat. Kerana peristiwa atau sebab tertentu seperti Sunat aidilfitri, jumaat.

3. Mandi wajib. Kerana haid, nifas, junub etc


Jenis air yang keluar dari kemaluan wanita.

1. Air mani. Tak najis. Tapi kena mandi wajib.

2. Air Wadi. Keluar kerana badan penat atau angkat2 berat. Najis. Kena dibersihkan sebelum solat tapi tak perlu mandi wajib.

3. Air Mazi. Keluar kerana perasaan seronok, syahwat. Najis. Kena dibersihkan sebelum solat. Tak perlu mandi wajib.


Rukun mandi wajib.

1. Niat

2. Air rata ke seluruh badan.


Ambil wuduk, basahkan 3 kali, mulakan dgn sebelah kanan adalah sunat. Tak buat pun mandi wajib sah. Asalkan buat yang rukun.


Masalah keputihan:

Menurut Fuqaha' : sesuatu yg pekat, brwarna putih, keluar dari faraj wanita. Ia najis dan batalkan wuduk. Kena bersihkan dan ambil wuduk balik sebelum solat.


 Masalah lembapan faraj

Lazimnya faraj akan hasilkan lelehan utk elakkan mukosa drp kering dan melekat. 

Lembap & sentiasa menghasilkan lelehan adalah tabiat faraj.

Lelehan ini boleh diibaratkan cecair dlm mulut (air liur). Sentiasa dihasilkan n perlu.

Oleh itu, lelehan itu bukan najis & tak batalkan wuduk.


Jadi, perlu kenalpasti. Samada keputihan atau lembapan yg berlaku kpd kita.



Daimul hadas

Sentiasa dalam keadaan berhadas. (Keputihan, istihadah)

✅ bila nak solat, bersihkan dulu dan pakai pad yg baru.

✅ pastikan waktu solat sudah masuk.

✅ laksanakn ibadah terus. Jangan tangguh atau pergi masak dulu lepas ambik wuduk 

✅ hanya 1 solat wajib utk 1 wuduk.

✅ jika musafir, jamak dan qasar, kena solat zohor, bersihkan. Tukar pad baru dan solat asar plak. 

Ini ijtihad mazhab shafie. Mazhab hambali boleh jamak terus. Kalau kita ada ahli ijtihad, ada ilmu, boleh nak tukar ikut hambali, tetapi kalau xdak ilmu, ikut je shafie. Kalau di Mekah, keadaan darurat takpa.


 Angin keluar dari faraj.

↪ jika hanya sesekali berlaku, batal wuduk dan solat.

↪ jika sentiasa berlaku kpd kita, tak batal.

↪ ada kemungkinan juga ia disebabkan geseran antara otot2.  tak batal wuduk.


Wallahualam.


Natrah.

Terima kasih sudi singgah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design