expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, June 6, 2014

Layang-layang dan Sembahyang

Semalam saya mengikut suami ke Melaka. Macam biasa, inilah nasib suri rumah, suami ada kerja, terpaksa ikut. Hahaha. ;)
Kami bertolak jam 6 petang dari Bangi. Sampai di Melaka, depan dataran Pahlawan, berhampiran parking Menara Taming Sari jam 8.30 malam. Hujan lebat. Cadangnya, kalau keadaan mengizinkan mahu juga menikmati Eye on Malaysia, eh, Eye On Melaka kot. Heheh.. Tapi hujan, kami terus ke hotel. Hatten Hotel.

Sepanjang pagi khamis duduk di bilik hotel saja. Suami habis meeting jam 4 petang, kami check out. Saya pula sedang berpuasa, dalam kepala asyik fikir menu apa nak makan di Melaka. Belek-belek buku travel guide kedai atau restoran yang dicadang semua non-halal. Ada coconut shake saja yang amat menyelerakan. Jam 4.30 masih terlalu awal untuk fikir menu berbuka. Tapi saya nak menikmati makanan di Melaka. Hihi.

Lepas check out, cadangnya nak ke Menara Taming Sari, tapi pusing-pusing di situ, tiada tempat untuk parking. Kami terus ke Pantai Kelebang. Mahu menikmati angin pantai katanya. Sampai di sana hero-hero kami sudah tertidur. Nasih dikejutkan oleh papanya. Ajak minum air kelapa, terus bangun. Minuman kegemaran. Suami beli air kelapa, coconut shake dan kuew teow untuk mereka makan. Saya menikmati pemandangan dari dalam kereta. Ramai yang berselfie petang-petang gini. Guna monopod lagi. Hehehe.

Lepas makan kuew teow, saya nampak Nasih merengek-rengek datang ke kereta. Apa yang dimahunya?
Rupa-rupanya layang-layang. Oh anakku. Papanya nekad tak layan, dia datang merayu kepada saya di dalam kereta yang sedang memangku Nafiz yang lena. 10 minit juga dia merengek-rengek. Akhirnya suami bagi syarat, "Ahmad boleh beli layang-layang, tapi kena sembahyang. Ikut mama, papa sembahyang. Boleh?"

Ahmad Nasih akur. Berjanji untuk sembahyang. Dapatlah layang-layang yang dimahu.

Amboiii, main tak ingat. Walaupun pertama kali main. Papanya tertanya juga macamana Nasih boleh kenal layang-layang dan tahu main?
Hasil dari tengok cerita Upin Ipin la ni.

Ok, jam 6.45 petang kami bertolak pulang ke Bangi. Saya berbuka dalam kereta saja. Menikmati coconut shake suami brlikan tadi serta kuih yang didapat semasa meeting di TNB Melaka.

Ok, jumpa lagi. Harapnya, layang-layang yang dibeli ini boleh mengingatkan Nasih untuk sembahyang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design