Friday, June 20, 2014

Cara menghad anak guna gajet

Artikel ini berlegar di group2 WhatsApp.

Ibu bapa dan datuk nenek yang dimuliakan,

Penggunaan gajet yang berlebihan di kalangan kanak-kanak didapati mempunyai kaitan dengan peningkatan kes-kes kecelaruan perkembangan seperti hiperaktif, autisma, lambat bercakap dan masalah motor sensori.
Sedikit peringatan mesra mengenai penggunaan gajet di kalangan anak-anak terutamanya anak yang masih bayi hingga prasekolah.

1. Kanak-kanak di bawah 4 tahun tidak perlukan gajet. Mereka perlu bergerak, berjalan, melompat, berlari, memanjat, makan dengan tangan sendiri, melukis, bermain pasir, menunggang basikal, mengutip batu dll macam yang kita buat dulu. Sekiranya mereka terjatuh, bantulah mereka untuk bangun semula dengan kasih sayang, bukan dengan kemarahan.

2. Hadkan gajet hanya maksima 30-60 minit sehari terutamanya sekiranya mereka bermain games bersendirian. Sekiranya ibu bapa yang memberi penerangan atau pendidikan dengan menggunakan tablet, lakukan dengan sela masa 30 minit misalnya.

3. Sebaik-baiknya gajet hanya diberi hujung minggu sahaja dengan total penggunaan tidak melebihi 2 jam sehari.

4. Bercakaplah dengan anak / cucu anda. Lebih lama anda meluangkan masa bercakap dengan kanak-kanak, maka mereka akan lebih percaya kepada anda. Sekiranya mereka meluangkan lebih masa dengan tablet berbanding manusia, maka mereka akan lebih percayakan tablet (Mr Google, Uncle Youtube dll) berbanding manusia.

5. Bawa anak/cucu anda bermain di luar sekurang-kurangnya 1 jam sehari setiap hari. Samada di taman permainan, bermain basikal, bolasepak atau memancing. Giatkan interaksi anak dengan alam sekitar.

6. Berikan buku dan pensil serta alatan mewarna sekiranya tiada peluang bermain di luar. Jadikan rumah anda mesra kanak-kanak dan tidak mempunyai terlalu banyak perhiasan yang mengganggu aktiviti kanak-kanak

Baca seterusnya;
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2253991/Gadgets-blamed-70-cent-leap-child-speech-problems-just-years.html
http://www.2machines.com/articles/181304.ht
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design