Monday, June 30, 2014

Apa cerita 1 Ramadhan?

Teks: Natrah Mohamed

Alhamdulillah.
Sehari berlalu. Moga Allah terima amal ibadah kita.
Semalam kami sekeluarga beriftar di Masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi. Inilah niat saya. Berbuka di masjid. Apa angin entah tahun ni, membuak2 rasanya nak mengimbas kenangan berbuka di masjid. Macam zaman belajar di UKM dulu. Ini pun puas pujuk En suami. Akhirnya dia layankan aje. Bawalah kami ke masjid jam 6.30 petang semalam.

Bagi memastikan misi tercapai, saya pastikan anak-anak siap sedia dari awal. Mandikan, sediakan barang2, bekalan air berada di masjid hingga lepas terawih. Saya bawa bekalan air ESP+koko kurma untuk berbuka. Maklumlah saya ni gastrik. Kena bersedia dengan ESP. 2 botol air yang dicampur performance drinks (PD). PD bekalan untuk saya dan suami berterawih. Roti dan biskut untuk bekalan anak-anak yang bakal di tinggalkan di nursery. Hah? Nursery mana buka malam-malam gini? He he.. Masjid Hasanah sediakan nursery untuk menjaga anak-anak kecil bagi elakkan menganggu jemaah solat.

Ok, sungguh meriah di masjid ini. Jam 7 malam dah penuh kawasan kaki lima yang telah disediakan menu berbuka. Menu dipacking siap-siap dalam bekas. Jadi selamat jika dimakan lewat pun. Kuah, lauk, sayur diasingkan dari nasi. Kuih pun dibungkus rapi untuk elak di masuk angin. Kurma juga dibungkus asing. Air mineral 1 cup seorang. Air sirap disediakan. Ambil sendiri jika mahu. Menu yang wajib di masjid ini adalah bubur lambuk terbaik. Suka sungguh kami anak beranak dengan bubur lambuk ini. Sebenarnya, sewaktu mahu balik dari solat zohor siangnya pun dah dapat 2 bekas bubur lambuk. Itu sudah dimakan separuh oleh Nasih. Yang selebihnya masih tersimpan dalam peti ais di rumah.

Alhamdulillah. Terima kasih pihak masjid Hasanah kerana menerima kehadiran kami. Tahniah buat semua petugas dan AJK. Hanya Allah sebaik-baik pemberi ganjaran.

Terima kasih sudi membaca catatan ini. Jumpa lagi.

Mama Nasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design