6 Keburukan Buaian

Teks: Natrah Mohamed

Tak pernah ada buaian di rumah kami, maka anak-anak kami tidak pernah tidur dalam buai. Namun, semasa saya kecil-kecil dulu, buaian adalah satu kemestian. Sampai sekarang masih ada lagi. Buaian yang digantung pada batang kayu yang dipaku pada alang rumah. Saya tidak pasti sejak bila buaian itu telah berbakti. Yang pasti, kakak-kakak saya, setiap kali balik kampung menggunakan buaian tersebut untuk melenakan anak massing-masing.

Sewaktu saya bekerja di tadika, buaian adalah 1 alat yang dilarang keras. Pengetua kami tegas menghalang penggunaannya. Saya ikut saja. Kesan buruknya saya baca sewaktu mengandungan Nasih, kalau tidak silap. Dalam majalah.

Di bawah saya sertakan sebab buaian dilarang/keburukannya:

1. Spring, mesin automatik, dan kain penyokong buai sangat berbahaya kerana jika salah satu daripadanya rosak, kebarangkalian bayi terjatuh atau dihempap spring/ mesin adalah sangat tinggi. 

2. Keadaan ini bertambah teruk jika bayi itu terkena kejutan elektrik.

3. Buaian ini tidak menyokong struktur tulang belakang bayi.  Ia akan mengakibatkan tulang belakang bayi mudah lentur.





4. Bagi bayi yang mula dapat memusingkan badan, bayi itu mungkin memusingkan mukanya ke bawah dan leher boleh tersepit dalam kain buaian apabila bayi itu tersedar dari tidur.

5. Risiko mendapat sindrom gegaran otak bayi adalah tinggi kerana ubun-ubun bayi yang berusia kurang dari 18 bulan masih lembut. It is known as Shaken Baby Syndrome (SBS)

6.Henjutan perlahan sememangnya tidak bahaya. Namun, dengan lantunan buai spring (pergerakan atas bawah) seolah-olah seperti menggoyang bayi dalam tangan dengan kuat. Bayi itu juga mungkin akan mendapat SBS.


ok, itu saja.
Jumpa lagi dalam entri akan datang.

Mama Nasih. :)
Powered by Blogger.

Blog Archive

Legasi Nasih Maju

Legasi Nasih Maju
Pengedar dan pembekal produk kesihatan dan kecantikan Shaklee

Anak Pintar Cerdas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...