expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, June 17, 2014

4 tahun sudah

Alhamdulillah.

Nasih mencecah 4 tahun pada 9/6 yang lepas.
Saya terangkan pada dia, "hari ni hari lahir Abang tau. Abang dah masuk 4 tahun dah."
Dia angguk saja.
Saya tambah, " abang, yang nyanyi happy birthday tu. Macam dalam CD."

"Oh. Hepi besday." Dia jawab. Terus dia berlari ke peti ais dan mengambil cupcake yang diberikan oleh Kak Fiza Akib sehari sebelumnya. Cup cake tu kak Watie, iaitu kakak kak Fiza yang buat. Diberi semasa dinner Shaklee di Sunway Hotel. Sempena anniversary adik beradik Surijunior yang kebanyakkannya bulan 5 dan 6.
Nasih makan cupcake tersebut. Kebetulan saya berpuasa. Kalau tak dah lama saya habiskan. Hehe.

Malamnya, suami bawa balik sepotong kek. Diberikan oleh bos jabatan suami, kak Oshin, yang juga downline Shaklee saya. Rezeki Nasih. Dia minta untuk dipasang lilin. Mana ada lilin kecil tu nak oiii. Yang ada lilin putih besar saja. Hehe. Terpengaruh dengan cerita2 yang dia tengok melalui CD dan Youtube la ni.

Saya berazam belikan kek besar sikit. Untuk saya makan. Hahaha.. Tunggu habiskan misi puasa qadha Ramadhan. Yearghhh!!

Terima kasih sudi jenguk sini. Jumpa lagi dalam entry akan datang.

Salam sayang.
Natrah aka Mama Nasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design