Thursday, May 29, 2014

Vitamin C Kegemaran kami sekeluarga

Teks: Natrah Mohamed

Nasih suka sangat dengan Vitamin C Chewable. Inilah vitamin yang selalu diminta oleh Nasih. Apabila dia demam, saya mintanya makan selang sejam. Alhamdulillah, demamnya tak lama. Sehari saja demam, terus kebah. Selain vitamin C ini, saya juga berikan Nasih sedikit Nutriferon untuk mempertingkatkan sistem imun badannya. 

Cerita benarnya, sejak saya sekeluarga makan vitamin-vitamin Shaklee, kami kurang sakit, sangat jarang demam dan kalau demam pun, pulih dengan cepat. Kisahnya, hari Isnin lepas, 26 Mei, saya berpuasa. Puasa ganti yang masih berbaki kerana saya bersalin sebelum Ramadhan tahun lepas. Hari itu, saya tersedar dari lena, hampir masuk waktu Subuh, saya ragu-ragu untuk berpuasa. Tapi kerana sudah berniat, saya teruskan juga. Walaupun setitik air pun saya tak sempat minum untuk bersahur. 

Oleh kerana kurang minum air pada hari itu, Nafiz, anak ke 2 saya yang menyusu badan sepenuhnya turut terasa impak kekurangan air. Malamnya Nafiz mula demam. Awal pagi selasa, Nafiz demam dan mula merengek. Saya tak dapat pastikan berapa suhu badannya, kerana termometer tak dapat dikesan. Mungkin telah dibuang sewaktu mengemas rumah beberapa minggu lepas. Nafiz muntah setiap kali menyusu. 4 helai tuala saya guna. Banyaknya! Haha... Setiap kali muntah, saya lap muntahnya dengan tuala dan terus rendamkan tuala dalam besen dalam bilik air. Badan Nafiz saya jerlum dengan air yang bercampur Basic H Shaklee. Untuk turunkan suhunya. 

Oh ya, selepas sarapan pagi selasa tersebut, saya ambil 1 sachet Nutriferon serta sebiji Vita C 500mg. Vita C ini saya patahkan kepada 2 bahagian dan telan. Saya kerapkan menyusu Nafiz. Setiap kali Nafiz menyusu, dia muntah balik susu tersebut. Namun saya yakin, itu proses pemulihan. Badannya sedang bertindak balas membuang bakteria-bakteria yang mungkin berada dalam perutnya. Suhu badan Nafiz makin stabil dan menjelang petang, akhirnya dia kembali ceria. Saya pula yang rasa penat dan tanda-tanda untuk demam muncul. Saya stabilkan emosi dan yakin untuk terus sihat. Hehehe. Mama perlu sihat untuk jaga 2 si kecil ini. Saya minum Performance Drink dan air masak. Untuk kekalkan suhu badan.

Malamnya, badan saya kembali sihat, walaupun rasa serangan demam masih ada. Alhamdulillah, sebiji Vita C 500mg dan 3 biji OsteMatrix saya ambil lagi untuk bantu badan kembali segar dan tidur dengan lena.

Bangun pagi esoknya, badan saya betul-betul sihat. Boleh mengemop lantai dan mengubahsuai susunan perabot di awal-awal pagi. Syukur.

Vitamin C 500mg sesuai untuk dewasa. Manakala Chewable Vitamin C 100mg sesuai untuk semua. Terutama kanak-kanak dan orang dewasa yang sukar telan pil. Boleh dapatkan Vitamin-vitamin ini dari saya, Natrah Mohamed 011-27016822.




Moga bermanfaat. 
Terima kasih sudi jenguk blog ini. Jemput datang lagi :)

MamaNasih


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design