expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, May 23, 2014

Nasih dan lukisan

Teks: Natrah Mohamed

Tengah sibuk-sibuk layan mesej pelanggan Shaklee. Ahmad Nasih datang bawa buku lukisan dia. Buku yang sudah hampir penuh dengan lukisan orang-orang dan segala haiwan (dilukis oleh Mama atas permintaannya) dan contengannya.

"Mama, ni Acik Nabilah kan?" Nabilah Ahmad yang dimaksudkan tu.
Adoiii, itu lukisan muka mama, camano boleh jadi rupa Acik Nabilah pulak?

Ahmad Nasih minta saya lukis watak2 dalam cerita Upin Ipin.
"Mama, tolong lukis Fizi, Ehsan, Mail, Opah, Akak, Upin, Ipin..."

Ok lah. Mama lukis Fizi, Mail, dan Ehsan.
"Mama, ni Ehsan ke? Ni Fizi ye? Ni Mail?" Ahmad Nasih pertikai lukisan tersebut sebab tak sama langsung dengan watak sebenar.

Mama cepat-cepat lukis sebuah rumah.
"Ni rumah Opah. Opah, Akak, Upin dan Ipin ada dalam rumah. Jadi tak payah lukis sebab tak nampak."



Ini posting di FB saya pada bulan Oktober 2013. Waktu ini Nasih memang bersemangat untuk melukis. Dia banyak meminta saya melukis apa-apa yang pernah dikenal atau dijumpanya. Lembu, kucing, arnab, ayam, rumah dan pelbagai lagi. Namun, saya kurang berbakat dalam bab melukis ini. Hanya orang lidi yang saya mampu lukis. Hihihi..

Sekarang minat dia minat menggunakan paint atau power point untuk membuat apa yang diimaginasikan oleh fikirannya. Kadang-kadang saya terpegun melihat dia menggunakan jari jemari dia untuk melukis guna paint. Semua warna digunakan untuk mencantikkan lukisannya.

Apabila saya tanya, Nasih akan terangkan apa yang dilukis itu


Nasih sedang menggunakan power point


Ini hasilnya. Muka.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design