Thursday, May 22, 2014

Anak kecil dan wuduk

Teks: Natrah Mohamed

Ini posting saya dalam FB pada 8 Oktober 2013. Saya salin balik ke sini.

Minggu lepas saya membaca Kak Mutiara Ns menulis beliau membasahkan anak-anak dengan air wuduk. Maksudnya, sambil memandikan anak, anggota-anggota wuduk dibasahkan sambil berdoa seperti kita mengambil wuduk.
Subhanallah, Allah mengilhamkan dan mengajar hamba-hambanya. 
Saya tidak pernah melakukannya sebelum ini. Saya hanya tadah air wuduk untuk dijadikan air mandian anak.


Mulai hari itu, saya mula amalkan.
~ Ambil wuduk di dalam bekas mandian anak
~ Campurkan dengan air panas, supaya air suam. (Baby saya 3 bulan sekarang)
~ Letak setitis dua Basic H.
~ Letak anak atas jaring dalam besen dan mula mandikan. Bermula dari kaki hingga ke kepala.
~ Basahkan anggota2 wuduk sambil berdoa.
Antara contoh doanya, (tangan kanan) Ya Allah, jadikan tangan anak ini, tangan yang suka memberi, suka membantu, rajin melakukan kebaikan dan kebajikan.
(tangan kiri) Jauhkan tangan anak ini dari melakukan maksiat, kejahatan dan meminta-minta.
~Begitulah seterusnya.

Hasilnya: Anak saya tidur lena selepas mandi. Jarang terjaga atau terganggu, kurang menangis yang tidak ketahuan, senang diurus dan InsyaAllah bakal menjadi anak yang taat serta membahagiakan hati ibu.



Ini Basic H, pencuci seribu guna

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design