Thursday, May 29, 2014

Adab Menziarahi Jenazah/Pesakit


Teks: Natrah Mohamed

Saya mendapat berita kemangkatan Sultan Perak semalam. Hari ini mengikuti melalui siaran TV upacara ziarah dan pengebumiannya pada petang nanti. Entah mengapa, saya suka menonton adat-adat dan upacara apabila berlaku kematian kenamaan sebegini. Sejak dulu lagi, sejak Yang Dipertuan Agung ke 10, Sultan Selangor masa itu, mangkat. 

Melihat orang-orang yang datang menziarah dan ahli keluarga yang berada di sekeliling jenazah, saya rasa sungguh terpanggil-panggil untuk bercerita. Certanya, Ma saya, setiap kali berlaku kematian di kampung kami atau di kalangan ahli keluarga, berkali-kali berpesan, kalau nak menziarah, jangan pergi sesaja. Maksudnya, berada di rumah jenazah ditempatkan dan termanggu-manggu saja. Baca Quran, sedekah kepada jenazah. Ini pesannya. Dia cukup pantang kalau anak-anaknya menziarah orang meninggal, tak sedekahkan bacaan Quran kepada jenazah. Tak perlu ziarah kalau sekadar duduk bersembang, dengar orang bercerita. Bantu jenazah di saat-saat akhir dia berada di atas muka bumi. Sebelum dihantar ke bawah bumi (tanam).

Sejak sekolah rendah saya diingatkan tentang hal ini. Jadi, apabila menziarah kematian, saya usahakan untuk sedekah sekurang-kurangnya bacaan Yaasin dan 3 Qul sewaktu berada di sisi jenazah. Jika yang meninggal itu saudara terdekat, saya akan berada 2 3 jam di tepi jenazah, membaca Al-Quran selagi termampu. Ia sebenarnya sebagai muhasabah kepada saya. Berada di sisi jenazah sambil mengenangkan diri yang banyak dosa, entah bagaimana saya nanti.

Oh ya, Ma saya adalah salah seorang tukang mandi jenazah. jadi, setiap kali berlaku kematian di kampung atau kariah kami, dia antara orang penting dalam hal-hal mengurus jenazah. Sebab itu, setiap kali balik dari mengurus jenazah, kami yang berada di rumah ini menjadi mangsa 'bebelan' tentang orang yang hanya duduk bersembang sewaktu menziarah.

Ok, saya ambil adab/adat/tatasusila menziarah /pesakit jenazah ini dari website JAKIM.

i. Hendaklah melahirkan perasaan muhibbah, bersimpati dan bermanis muka ketika bercakap dengan pesakit atau keluarganya. Jangan sekali-kali mengeluarkan perkataan-perkataan yang boleh melukakan hatinya.

ii. Nasihatkan dia supaya bersabar, teguhkan iman dalam menghadapi ujian Qadha dan takdir Allah.

iii. Sunat berdoa supaya cepat sembuh dan panjang umur. Sewaktu Nabi s.a.w.menziarahi orang sakit baginda berdoa, maksudnya :

"Wahai Tuhan ! Manusia hapuskanlah penderitaan ini, sembuhkanlah, tidak ada penyembuh melainkan Engkau sahajalah berkuasa menyembuh tanpa meninggalkan kesan buruk."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

iv. Perlu juga para penziarah memahami situasi supaya jangan tunggu terlalu lama semasa membuat kunjungan.

v. Berwasiat kepada waris terdekat tentang hutang piutang pesakit yang belum dijelaskan.

vi. Jangan menghisap curut atau merokok semasa berhadapan dengan orang sakit.

vii. Jangan berkumpul terlalu ramai sehingga kesesakan udara untuk bernafas.

viii. Jangan membuat bising dengan gelak ketawa melalui cerita-cerita lucu. Kita harus ingat suasana majlis itu kesedihan.

Moga bermanfaat. 
Jumpa lagi dalam entry akan datang.

Mama Nasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design