expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, April 28, 2014

Tips ke Pesta Buku

Teks: Natrah Mohamed

Pesta Buku Antarabangsa sedang berlangsung sekarang di PWTC Kuala Lumpur. Inilah satu-satunya pesta yang saya sangat teruja untuk pergi. Hihihi.
Pesta lain tak minat pun. ;)
Pertama kali saya ke PBAKL masa di tahun akhir pengajian. 2007. Masa tu kawan saya beria-ria mahu ke sana. Saya ikut juga. Pertama kali. Tapi habis lebih daripada RM200 saya membeli buku masa tu. Hampir cecah RM300 agaknya. Walaupun masa tu akhir sem dan sedang kalut siapkan thesis tahun akhir.
Tahun 2008 saya terlepas ke PBAKL. Tak ingat apa sebabnya. Mungkin masa tu saya sedang menjadi guru tadika, tidak berada di sekeliling kawan2 yang gilakan buku. Hahahaha..
Tahun 2009, saya sedang buat persiapan perkahwinan. Saya bakal langsungkan majlis akad nikah pada hujung Mei. Pesta buku pada awal April. Masa tu jugs sibuk siapkan tesis sarjana. Jadi saya kirim kepada kawan-kawan yang pergi.
Ha, inilah tipsnya.
1. Kirim beli kepada kawan yang pergi.
Senaraikan buku yang mahu dibeli. Tajuk, nama penulis, penerbit, dan kalau ada, tunjukkan gambarnya. Sekarang ni zaman Google. Google gambar dan hantar kepada kawan tersebut. Masa saya kirim tersebut, zaman 2009. Tiada smartphone. Nokia 3310 saja yang ada. Hahaha. Oh ya, jangan lupa duit sepatutnya. Kirim guna air liur saja, sesiapa pun boleh kan? Saya hulurkan RM200 kepada kawan tersebut dan pesan, jika lebih, beli apa-apa buku yang bagus padanya. Kebetulan kawan tersebut adalah Ustazah, hehehe... Duit selebihnya dia beli buku-buku agama yang dijual murah-murah. Alhamdulillah, syukur ada kawan sebegini ;)
Ok, tips di atas untuk yang tidak ke pesta buku. Bagi yang betul-betul mahu ke sana, saya senaraikan tips saya. Untuk penjimatan maksima. Masa, tenaga dan paling penting WANG. Hahaha.
1. Senaraikan buku yang mahu dibeli. Tulis atas kertas maklumat buku tersebut. Agar senang dicari. Nama, penulis, penerbit. Kadang-kadang ada buku yang tidak dibawa ke pesta buku. Jadi kena pastikan terlebih dahulu.
2. Bawa wang secukupnya. Hati-hati, di sana ada ATM. 
3. Datang awal dan elakkan bersesak. Apabila bersesak-sesak dengan ramai orang, buku yang dicari tak jumpa, terbeli buku lain pula. Ha, itu bahaya. Tapi jangan datang awal sangat, booth belum buka sudah terpacak di sana. Kesian pula.
4. Makan dahulu. Perut kenyang. Nafsu membeli belah dapat dikawal. ;)
Lagipun agak sukar mencari tempat makan, jika ada pun agak mahal.
5. Bawa bekal makanan seperti buah-buahan potong, air mineral, roti. Boleh dijadikan alas perut.
6. Tips daripada chairman PTS, Puan Ainon Mohd, pergi hari kerja, bukan hujung minggu. Boleh juga. Tapi tengok situasi kerja masing-masing.
7. Tips untuk ibu2 yang ada anak kecil, bawa stroller atau baby carrier. Biasanya stroller kami bertukar menjadi troli buku.
8. Tips untuk ibu lagi, jika ada, bawa belon sendiri atau dapatkan dari pada booth yang memberi belon percuma. Apabila belon sudah di tangan, anak-anak senang hati, ibu boleh mencari buku dengan bahagia.
9. Jika mahu berjumpa penulis, pastikan jadual penulis terlebih dahulu. Jika ada rezeki boleh jumpa. Saya biasanya tidak hirau sangat untuk jumpa penulis. :)
Jika perlu beratur panjang untuk berjumpa dan bergambar dengan penulis, saya tak mahu.
Ok, sudah 10 tips. Aik? Mana 10 nya? Ada tips yang pertama di atas.
Selamat ke pesta buku tahun ini.
Saya sekeluarga tidak ke sana tahun ini. Sebab saya amalkan tips yang pertama.
Jumpa lagi.
Natrah Mohamed

Posted via Blogaway
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design