Wednesday, December 17, 2014

Produk Shaklee HALAL kah?


Teks: Natrah Mohamed.

Tahun 2014 hampir ke penghujung, namun saya mahu kongsikan juga gambar ini. Gambar apa? Ini sijil yang dikeluarkan oleh Islamic Services of America (ISA) untuk produk Shaklee. 


Sijil Halal oleh ISA untuk tahun 2014
ISA ini adalah badan yang diiktiraf oleh JAKIM dalam bab halal. JAKIM sendiri melalui laman Facebooknya telah mengesahkan Shaklee adalah produk halal. Di botol Shaklee memang tiada logo Halal JAKIM kerana ia bukan dibuat di negara kita. 


Di sijil ini disenaraikan 28 produk Shaklee yang halal dimakan. Jadi, usah ragu-ragu. 

28 suplemen diiktiraf HALAL.
Saya tahu, perkara HALAL adalah menjadi fokus rakyat Malaysia. Sewaktu mula-mula mahu makan dan menjadi ahli Shaklee, ini antara soalan utama yang saya tanya. Alhamdulillah, akhirnya saya pilih Shaklee kerana saya YAKIN. Yakin dengan sistemnya. Yakin dengan produknya yang ternyata berkesan untuk saya. Saya pun YAKIN anda turut yakin dengan Shaklee. Jadi, boleh pilih produk yang boleh bantu selesaikan masalah anda, hubungi saya. Saya sedia bantu.



Krim AJAIB tapi MURAH

Teks: Natrah Mohamed

Herbal Blend sangat 'hot' di pasaran. Bukan saja hot, tetapi AJAIB.
Anak saya Nasih, selalu menangis bila digigit nyamuk, waktu malam,tidurnya boleh terganggu kerana gatal digigit oleh nyamuk. Saya sapukan krim ini, terus dia sambung tidur dengan lena. Jadinya,saya sediakan krim ini di tempat tidur kami, senang nak capai jika Nasih terjaga disebabkan nyamuk.

Nafiz pula, apabila saya ambil krim ini dan panggilnya untuk sapu di badan, dia akan berhentikan semua aktiviti, dengan patuh datang dan menikmati saya menyapu krim ini. Ajaib kan? Hahaha.. Saya sapu di belakang badan Nafiz yang selalu ada bintik-bintik merah. Memang bintik-bintik merah hilang. Ia memang menjadi losyen kesukaan anak saya si Nafiz ini.

Krim ini pilihan kami sekeluarga. Memang patut berada dalam beg tangan atau rumah semua orang.

Krim untuk anak-anak yang gatal, ekzema, losyen untuk kulit kaki mak yang merekah. 
Cer cek tapak kaki masing-masing sekarang ! Kalau merekah, wajib dapatkan satu !

Herbal Blend pilihan ramai. 
Kerna? Ia bebas PARABEN.

Paraben tu ggapo plok?

Paraben ni sejenis bahan sintetik pengawet yang digunakan dalam makanan, farmaseutikal, kosmetik dan produk penjagaan peribadi seperti deodorant, pembersih muka, gel mandian, pelembab dan syampu. 

Paraben ni bantu produk-produk tersebut tahan lama, tetapi, paraben boleh memasuki sistem badan kita melalui kulit.





Yang penting, kena dapatkan Herbal Blend ni sekarang !
Stok dah tak banyak, pm segera!


Natrah Mohamed
011-27016822
Bandar Baru Bangi.

Monday, December 15, 2014

20 testimoni set penyusuan

Teks: Natrah Mohamed.

Subhanallah. 

Ramai ibu-ibu mula jatuh hati dengan produk Shaklee kerana set menyusu. Serius. Pelbagai cerita suka duka ibu-ibu yang mahukan menyusu anak dengan susu terbaik dunia. 

Ikuti testimoni sideline saya dalam Shaklee yang menyusukan anak mereka setelah mengambil set menyusu. 


Puan Husna seorang suri rumah,yang nyata berpuas hati menyusukan si kecilnya.

Rafy, anak kepada jiran saya, disusukan sepenuhnya dengan susu ibu sehingga sekarang. 2 tahun lebih.

Anak-anak comel puan Niza iaitu Dinas dan Zafran disusukan dengan susu ibu.

Anak Puan Tiqa disusukan dengan susu ibu.

Fakhirah anak kepada Fauziah ini mendapatkan susu terbaik dunia dari ibunya. Fauziah adalah downline Shaklee saya yang sangat sibuk. Berjauhan dengan suami, tetapi sangat kuat semangat dan rajin.

Wah,banyak stok Puan Hany untuk sikecilnya Aesya Huriya.

Alhamdulillah, Puan Husna bekalkan anaknya dengan susu ibu.

Baby Ammar yang sihat dan bulat dengan susu ibu.

ESP dan Alfalfa membantu anak ini minum susu ibunya.

Stook susu Puan Leen untuk anak kecilnya.

Anak Puan Ieta yang berbahagia menerima susu ibu.

Puan Mas bekalkan anaknya dengan susu ibu, susu terbaik dunia.

Anak Puan Nabighah yang menyusu hingga 2 tahun dengan susu ibu sahaja.

Nafiz, anak saya. Saya susukan Nafiz hanya dengan susu ibu sahaja sehingga 8 bulan. Lepas 8 bulan saya mula berikan makanan lain. Moga Nafiz terus sihat dan cerdas.

Puan Nurul, bukan saja bahagia dapat menyusukan anak,bonusnya kulit lebih cantik berseri.

Anak yang menyusu ibu, tidur lebih lena,Alhamdulillah.

Stok susu untuk anak Wee.

Puan Sha'irne dengan anak kembarnya. Alhamdulillah, berjaya menyusukan si kembar dengan susu ibu.

Anak Puan Tinie yang cerdas ceria kerana menyusu ibu sehingga mencecah 3 tahun.

Alahai, comel dan bulatnya anak ni.




Menjadi kepuasan bagi si ibu apabila dapat menyusukan anak, dalam masa yang sama, badan kekal cerdas, sihat dan bertenaga. Boleh berpuasa penuh dan menguruskan urusan kerja serta rumahtangga. Itulah yang dibekalkan oleh nutrien Shaklee. 

Milk booster sangat diperlukan kini, kerna kita hidup di zaman yang dipenuhi radikal bebas. Badan mudah penat dan tak dapat hasilkan susu dengan sebaiknya. 

Saya sedia bantu perkenalkan set menyusu yang terbaik untuk ibu-ibu. Boleh hubungi saya, Natrah Mohamed +601127016822.

Jumpa lagi dalam entry akan datang. Jemput tinggalkan komen yuk ;)

Saturday, December 13, 2014

Cerita Big Bad Wolf

Teks: Natrah Mohamed

Selasa lepas, kakak ipar saya terbang dari Perlis untuk ke Big Bad Wolf di MIECC Seri Kembangan. Penerbangan kak ipar sampai jam 11 malam. Kami sekeluarga jemput di KLIA dan kami terus ke MIECC. Jam 12 malam baru melangkah masuk ke dewan pameran. Orang ramai masih berpusu-pusu masuk dan keluar. Maklumlah 24 jam tanpa henti. Orang ambil kesempatan pergi waktu lewat malam. Suasana sangat tenang dan tak ramai orang.


278 jam tanpa henti. 5 hingga 16 Disember 2014.
Jom layan gambar..

Nasih di pintu masuk. Yang berbeg pink itu kakak ipar saya.
Nasih ambilkan gambar. Sesi bergambar selepas Nasih mula meragam mahu balik tidur.
Nasih menyelit celah-celah buku sambil mengajak balik.
1 bakul yang kami rembat tanpa toleh kiri kanan.
Suasana jam 1 pagi
Ini bagasi yang Kakak bawa untuk angkut bukunya. Penuh 1 bagasi ini tau.
Sebahagian buku yang kakak tinggalkan di rumah kami. Kerana had muatan kargo kapal terbang hanya 25kg saja. Jadi kami akan poskan ke rumahnya nanti.

Ok,mungkin saya akan kongsikan lagi cerita dan gambar buku-buku yang kami beli. Nantikan. Terima kasih sudi jenguk blog ini. 

Jom tinggalkan komen jika ada apa-apa pertanyaan.

Herbalax yang patut jadi teman setia

Teks: Natrah Mohamed

Saya nak cerita pasal Herb-lax. Salah satu produk Shaklee yang paling laku di Kedai Vitamin Mama Nasih.
Ramai yang beli dan ulang beli. Hoho. Pasti la kesan bahagia yang dapat hingga pakat ulang beli.

Meh kita berkenalan dulu dengan Herbalax ini.


Herb-LaxTM Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.*

Bagi atasi masalah sukar membuang air besar, Herb-Lax yang bertindak secara lembut sangat membantu.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik (SLE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Herbalax yang digilai ramai



Kebaikan Herb Lax

  • pembersihan najis yang tersekat
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam usus kita
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • mengempiskan perut
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebagai minuman teh herba.

Siapa yang perlu ambil Herb Lax ? 

  • pengamal tegar ubat tahan sakit.
  • mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit 
  • mereka yang banyak jerawat
  • pesakit gout
  • mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen untuk detoks badan.

Rupanya ramai rakyat Malaysia alami sembelit dan banyak toksin dalam badan. Sebab itu Herbalax laku keras. Hehe..

Hubungi saya untuk dapatkan Herbalax. InsyaAllah, bila toksin-toksin senang dibawa keuar, maka hidup lebih bahagia. 

Jika tak percaya, cuba Herbalax dulu. Hubungi Natrah Mohamed 011-27016822.

Natrah Mohamed,
Bandar Baru Bangi.

Thursday, December 11, 2014

10 Sebab kenapa perlu detoks badan.

Teks: Natrah Mohamed.
Sumber: Blog SihatGojes

Detoks adalah proses pembuangan toksin dari dalam tubuh kita samada yang dihasilkan sendiri oleh tubuh kita, mahupun yang terbawa oleh makanan kita seperti pestisid, pewarna, MSG, logam berat dalam air minum, lebihan ubat-ubatan, pencemaran udara, stress, pola makan buruk dan radikal bebas.


Buah yang cantik menarik ini, selamatkah?
Kenapa perlu Detoks?

1. Keluarkan toksin
Kehidupan kita hari ini banyak terdedah kepada toksin seperti bahan kimia, pengawet dalam makanan dan pencemaran air serta udara. Toksin ini tersimpan dalam tisu-tisu badan dan setiap sel, termasuk OTAK! Banyak bahaya ini macam.

2. Mengelakkan penyakit kronik
Toksin dan pencemaran merupakan punca utama berlakunya berbagai penyakit kronik seperti kanser, masalah otak, jantung, strok dan sebagainya. Setiap hari kita terdedah kepada berbagai toxin dan menyebabkan berlakunya kerosakan dan perubahan pada proses pembahagian sel. Detoksikifasi membantu melancarkan semula sistem badan untuk mengelakkan sebarang jangkitan dan mencegah penyakit.


3. Menguatkan sistem imun
Semakin banyak pencemaran dan toksin dalam badan, sistem imun kita akan semakin lemah. Detoks secara kerap dapat memperbaiki semula tahap kekuatan sistem imun dan mengawal jangkitan. 


4. Mengurangkan berat badan
Toksin menyebabkan keupayaan untuk badan membakar lemak semakin berkurangan. Ini seterusnya akan menyebabkan berat badan mudah bertambah dan mula mengundang berbagai penyakit seperti diabetes, masalah jantung dan darah tinggi. Detoksifikasi membantu mengurangkan toxin dalam sel lemak dan meningkatkan metabolisma tubuh badan.

5. Melambatkan kesan penuaan
Detoksifikasi akan menghalang radikal bebas dan berbagai logam dan toksin dari merosakkan sel-sel tubuh. Ia juga meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk menyerap nutrien, antioksida dan vitamin yang dapat membantu melawan oksidasi pada sel.


6. Meningkatkan kualiti hidup
Tubuh kita semakin hari semakin stress dan rosak akibat berbagai toksin dan pencemaran yang terpendam dalam badan. Buktinya kesihatan kita seringkali terganggu seperti mengalami masalah sakit-sakit sendi, sakit kepala, masalah penghadaman, sukar tidur dan keletihan. Detoksifikasi akan membantu mengurangkan tekanan pada tubuh badan dan juga kembali menguatkan memori kita.


7. Tingkatkan tenaga
Detoksifikasi akan meningkatkan semula tahap tenaga kerana pencemaran dan logam yang meingkatkan stress tubuh semakin berkurangan. Kita akan berasa lebih semangat secara mental, fizikal dan mampu mengawal emosi dengan baik. Kualiti tidur uga lebih baik. Tidak perlu tidur lama untuk mendapatkan kembali tenaga.


8. Membaiki tahap kesihatan kulit
Pemakanan dan keadaan persekitaran merupakan faktor penting dalam menjaga kesihatan kulit dari dalam. Detoksifikasi akan membantu menyerikan kulit, mengurangkan masalah jerawat di samping menguatkan kuku dan rambut.




9. Menyihatkan minda dan emosi
Apabila sistem tubuh badan berjalan dengan lancar, perubahan emosi dan mental akan bertambah baik. Kita dapat menjalankan tugas dengan lebih waras, mudah berbincang dan dapat mengawal perasaan dengan baik serta mampu menganalisa sesuatu dengan tangkas. Betul kan? Saya pun rasai sendiri. 


10. Memperbetulkan semula sistem tubuh
Sistem pencernaan, saraf dan hormon saling berkaitan dalam mengekalkan tahap kesihatan tubuh. Namun, apabila toksin menganggu sistem tersebut, badan kita tidak dapat melakukan tugasan dengan sempurna dan seimbang. Ini menyebabkan badan mudah sakit dan terkena jangkitan. Detoksifikasi akan membetulkan semula sistem badan kita agar dapat menjalankan fungsi dengan sempurna semula.

Alhamdulillah, saya sendiri merasai kesan detoks ini. Pastinya dengan produk-produk Shaklee iaitu Alfalfa, Herbalax dan DTX Complex.

Hubungi saya untuk detoks bahan buangan dari badan. Jangan biarkan toksin-toksin membelenggu dan mengawal hidup anda.

Natrah,
011-27016822
Bangi.

Sunday, December 7, 2014

7 Sebab kita perlukan suplemen

Teks: Natrah Mohamed.

Seringkali saya ditanya, perlukah makan suplemen? Tak cukupkah dengan mengamalkan gaya hidup sihat, dan makan diet seimbang setiap hari? Jawapannya, memang TAK CUKUP!


Kenapa?

Ha,kita baca 7 sebab ini,


1. Keperluan tubuh terhadap vitamin adalah lebih tinggi daripada dos yang dibekalkan dalam makanan seharian kita.

Contohnya, vitamin C dan E yang kita perolehi daripada makanan sahaja, tidak cukup untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan. Dalam erti kata lain, kita supply dos vitamin yang rendah sedangkan demand yang tinggi datang dari tubuh kita.

2. Nutrien dan vitamin dalam buah dan sayuran tidak lengkap.


Ditambah pula kita kini hidup dalam zaman yang penuh dengan pencemaran, maka buah-buahan dan sayuran yang ditanam juga menjadi mangsa keadaan. Ketidaksuburan tanah mengakibatkan buah dan sayuran mengandungi bahan dan galian yang kurang, berbanding yang ditanam di tanah yang subur. Lagi teruk, ada yang tak ambil langsung sayur dan buah dalam menu harian mereka.

3. Kehilangan zat makanan dalam proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan makanan. Vitamin C dan enzim mudah termusnah akibat oleh haba yang tinggi. Cara menyediakan makanan (masak terlalu lama, suhu terlalu panas, potong terlalu kecil, basuh atau rendam lama) boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti zat makanan tersebut.

4. Pengambilan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula dan garam juga mengurangkan penyerapan dan simpanan zat makanan dalam tubuh.

5.Mengabaikan konsep diet seimbang. Ini kerana kita terlalu sibuk mengejar arus kehidupan yang sibuk dan lebih gemar makan makanan segera atau yang dimasak di luar, yang penuh dengan MSG. Jadi, tanpa diet yang seimbang, sememangnya zat makanan yang perlu diambil, seringkali diabaikan dan tubuh kita akan terus menderita kerana kekurangan zat.


Katakan tidak kepada MSG



6. Dalam kehidupan serba moden ni, kita selalu terdedah kepada pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan badan.


7. Mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersukan dan merokok. Yang paling biasa, rakyat Malaysia sangat kurang bersenam. Maka, makanan yang telah diambil tidak digunakan sepenuhnya. Kebanyakkan kalori yang diambil tidak digunakan, ia akan bertukar menjadi lemak.


Ok, itu sahaja 7 sebab kita perlu makan suplemen. Saya mula menginsafi dan menyedari keperluan makanan tambahan bila badan saya selalu lemah dan saya lebih suka tidur. Waktu itu berat badan saya naik sedikit demi sedikit dan mula ke tahap melebihi tahap normal.

Akhirnya saya jumpa Shaklee yang telah merubah tahap kesihatan saya ke arah yang bukan saja lebih baik, malah, SUPER baik rasanya. Saya boleh berjaga sehingga jam 2 pagi dan esoknya bangun seperti biasa dan meneruskan rutin harian tanpa tidur siang. Dulu-dulu, sebelum makan set Shaklee, saya akan tidur selepas suami keluar pergi kerja, sehingga jam 10 pagi baru bangun dan mula cari makanan. Tak sihat kan cara hidup saya masa itu?

Alhamdulillah, zaman itu telah berlalu. Saya lebih cergas dan cerdas untuk kehidupan saya serta membantu ramai lagi hidup sihat di masa depan. Biiznillah.

Assalamualaikum.

Natrah Mohamed

Shaklee Lover.

Friday, December 5, 2014

9 Kelebihan MamaPride


Teks: Natrah Mohamed.

MamaPride? Apa itu?

MamaPride adalah seluar yang direka khas untuk memudahkan ibu bersalin. Bukan saja ibu yang mahu bersalin, ibu yang mahu buat Ujian Pap Smear atau cek bukaan rahim juga sesuai pakai seluar ini. 

Kenapa pakai MamaPride?
Kerana mahukan pendedahan minima sahaja. Ye lah, nak periksa bahagian tertentu saja, tapi perlu selak kain yang menampakkan betis dan paha. Anggota yang sememangnya aurat. Walaupun ianya untuk tujuan pemeriksaan, tetapi jika boleh dielakkan, memang wajar dielakkan. Jadi, kena ada persediaan awal oleh ibu-ibu. 

9 kelebihan MamaPride:

1. Disokong oleh Mufti Kelantan. Kerana ia juga diusahakan oleh Koperasi Amal Medik Malaysia yang beroperasi di Kelantan.
2. Patuh syariah kerana hanya bukaan minima sahaja diperlukan.
3. Bukti kasih ibu.
4. Telah diuji di Pusat Bersalin dan telah ditambah baik.
5. Ia adalah hasil inisiatif doktor Muslim, iaitu Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma)
6. Kurang risau semasa prosedur. Apabila kurang risau, prosedur lebih mudah.
7. Adalah celahan untuk suntikan IM Syntometrine. IM adalah Intra Muscle adalah suntikan untuk bantu tanggalkan uri dan elakkan pendarahan.
8. Telah siap sedia dibasuh. Jadi ibu-ibu boleh simpan dalam beg untuk dibawa ke hospital untuk masuk wad atau terus pakai sewaktu hendak masuk dewan bersalin.
9. Persediaan pesakit lebih pantas. Jika sudah pakai seluar ini, hanya buka bahagian penutup perinium sahaja. InsyaAllah, lebih memudahkan.

Poster penerangan MamaPride
Seluar MamaPride
Disokong juga oleh Mufti Wilayah Persekutuan, SS Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
MamaPride yang dibungkus untuk diposkan.
Testimoni MamaPride
Testimoni pengguna MamaPride

Jadi, ibu-ibu, bapak-bapak, dapatkan seluar MamaPride ini. Saya tak jual. Saya hanya tolong perkenalkan. Hubungi no 09-7900689 untuk dapatkannya.

Oh ya, saya jual set mengandung, berpantang dan menyusu. Sangat bagus untuk bekalkan nutrisi terbaik buat ibu serta anak tersayang.

Natrah,
+601127016822

Thursday, December 4, 2014

Penyakit 3 serangkai : Jantung

Teks: Natrah Mohamed

Sumber: 


PENYAKIT TIGA SERANGKAI

       Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang penyakit tiga serangkai. Ok, apa itu penyakit 3 serangkai? Penyakit 3 serangkai ini biasa dipanggil penyakit yang berjangkit seperti contoh seseorang itu menghidapi darahn tinggi dan ada kemungkinan dia akan menghadapi penyakit jantung atau kencing manis. Penyakit 3 serangkai adalah seperti darah tinggi,kencing manis dan penyakit jantung.

Dalam entri ini, kita bincang tentang penyakit jantung dulu. Boleh? Mesti lah boleh :)



Apa itu penyakit jantung ?

Penyakit jantung adalah satu keadaan di mana jantung tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. Ini disebabkan oleh  otot  jantung yang lemah dan atau adanya celah antara serambi kanan dan serambi kiri, oleh karena tidak sempurnanya pembentukan lapisan yang memisahkan antara kedua serambi saat penderita masih di dalam kandungan. Hal ini menyebabkan darah bersih dan darah kotor tercampur.
Punca penyakit jantung adalah kolestrol tinggi.

Pengertian penyakit jantung dan serangan jantung adalah berbeza. Kalau Serangan jantung adalah sebuah keadaan  yang menyebabkan jantung sama sekali tidak berfungsi.Keadaan  ini biasanya terjadi mendadak, dan sering disebut gagal jantung. 

 Penyebab gagal jantung berbeza, namun penyebab utamanya biasanya adalah kerana suplier darah ke otot-otot jantung, oleh kerana pembuluh-pembuluh darah yang biasanya mengalirkan darah ke otot-otot jantung tersebut tersumbat atau mengeras, atau disebabkan oleh kerana lemak dan kolesterol, ataupun oleh kerana zat-zat kimia seperti penggunaan ubat yang berlebihan yang mengandung Phenol Propano Alanin (ppa) yang banyak ditemui dalam ubat-ubat seperti Decolgen, dan nikotin. (sumber:wikipedia).

Gejala Penyakit Jantung
 
1. Nyeri. Jika otot tidak mendapat cukup darah (suatu keadaan yang disebut iskemi), maka oksigen yang tidak memadai dan kadar metabolisme yang berlebihan menyebabkan kram atau kejang. Angina merupakan perasaan sesak di dada atau perasaan dada diremas-remas, yang timbul jika otot jantung tidak mendapatkan darah yang cukup. Jenis dan beratnya nyeri atau ketidaknyamanan ini berbeza pada setiap orang. Beberapa orang yang mengalami kekurangan aliran darah bisa tidak merasakan nyeri sama sekali (suatu keadaan yang disebut silent ischemia).

2. Sesak napas merupakan gejala yang biasa ditemukan pada gagal jantung. Sesak merupakan akibat dari masuknya cairan ke dalam rongga udara di paru-paru (kongesti pulmoner atau edema pulmoner).

3. Kelelahan atau penat. Jika jantung tidak efektif mengepam, maka aliran darah ke otot sewaktu melakukan aktiviti akan berkurang, menyebabkan penderita merasa lemah dan lelah. Gejala ini seringkali bersifat ringan. Untuk mengatasinya, penderita biasanya mengurangi aktiviti secara bertahap atau mengira gejala ini sebagai bahagian dari penuaan.

4. Palpitasi (jantung berdebar-debar)

5. Pengsan dan pening Penurunan aliran darah karena denyut atau irama jantung yang abnormal atau kerana kemampuan mengepam yang buruk, boleh menyebabkan pening dan pengsan.

Sumber lain (vivanews.com) mengatakan gejala utama sakit jantung sebagai berikut:

1. Tiba-tiba sakit di bahgian dada di belakang tulang dada atau seperti sesak dada

2. Nyeri dada bisa berulang beberapa minit (20 minit atau lebih).

3. Rasa nyeri bisa berupa tekanan di bagian dada, dan leher seolah tercekik hingga menyebabkan keluar peluh dingin

4. Tiba-tiba pengsan, namun sedar  kembali. Ini terjadi kerana ada gangguan irama jantung

Tips Mencegah penyakit jantung
 
1. Pola makan yang sihat
Hindari makanan yang mengandung lemak dan kolesterol tinggi. Hindari pula makanan dengan kandungan bergula tinggi seperti softdrink.

2. Berhenti merokok
Di dalam bungkus rokok sudah dijelaskan bahwa "Merokok dapat menyebabkan kanser, serangan jantung, impotensi, dan gangguan kehamilan dan janin".

3. Hindari stress
Saat seseorang stress, tubuh akan mengeluarkan hormon cortisol yang bisa menyebabkan pembuluh darah menjadi kaku.

4. Kurangkan berat badan berlebih (obesiti)
Penghidap obesiti memiliki risiko utama pembesaran atrium jantung kiri. Pembesaran jantung ini  akan meningkatkan detak jantung tidak normal, stroke, dan kematian.

5. Olahraga secara teratur
Olahraga seperti jalan kaki atau jogging dapat menguatkan kerja jantung dan melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh

6. Mengamalkan memakan makanan yang antioksidan
Antioksidan penting untuk cegah sakit jantung. Ini biasanya diperoleh dari berbagai macam sayuran, buah-buahan, dan minum teh. Shaklee juga menawarkan beberapa produk yang tinggi antioksidan iaitu Vivix, Vita E, Vita C, Carotomax dan Vitalea.

7. Keturunan
Jika anda memiliki saudara terdekat yang pernah mengalami serangan jantung, sebaiknya mulai sekarang lebih berhati-hati dalam menjaga pola makan dan gaya hidup. Penyakit jantung bukan penyakit keturunan, tetapi bila ada keluarga yang menderita atau pernah menderita penyakit jantung, maka anda memiliki faktor risiko untuk mendapatkan penyakit jantung. Jadi, perlu berwaspada!

Baca juga perkongsian tentang penyakit kencing manis dan darah tinggi saya telah dikongsikan. Semoga semua dapat mengambil tip-tip yang saya kongsikan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Mama Nasih, 
Mencegah terlebih baik daripada merawat.

Postur duduk, berdiri dan berjalan yang betul.

Teks: Natrah Mohamed.
Sumber: Blog ikonmetro dan angelfire.com

Postur ialah cara bagaimana kita membawa diri ketika sedang duduk, berdiri, berjalan atau sebagainya. Ia amat berkait rapat dengan struktur tulang, otot-otot dan juga peredaran darah. 

Postur yang elok boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu:-
  1. Makanan yang seimbang
  2. Tidur yang cukup
  3. Bijak mengangani stres
  4. Mengambil langkah menjauhi penyakit
Mari kita kaji bagaimana postur badan kita yang betul. Perhati gambar betul-betul dan perhatikan cara kita duduk, berjalan dan berdiri. Kalau salah,ubah cepat-cepat. Bahaya tu, boleh sebabkan risiko masa depan.

1. Postur ketika duduk

Gambarajah di bawah menunjukkan kesejajaran yang betul bagi bahagian - bahagian badan ketika duduk. Kepala dan punggung berada pada garisan lurus. Ini menunjukkan postur duduk yang betul. Manakala gambarajah kanan menunjukkan postur duduk yang tidak betul. Kepala dan punggung tidak berada pada garisan yang lurus. Apabila ini berlaku badan akan melengkok ke depan. Berat badan juga tidak disokong sepenuhnya oleh punggung.

Postur duduk yang betul dan salah

2. Postur ketika berdiri

Gambarajah kiri di bawah menunjukkan postur yang betul bagi bahagian - bahagian badan. Kepala dan kaki berada di dalam garisan yang lurus. Seseorang yang mempunyai bahagian - bahagian badannya yang disejajarkan dengan sempurna dikatakan mempunyai postur berdiri yang terbaik. Manakala gambarajah kanan menunjukkan postur yang tidak betul. Ini menandakan bahawa postur tegak badan itu adalah buruk. Semua lengkok tulang belakang adalah berlebihan. Apabila lengkok ke hadapan seperti lengkok leher bertambah, lengkok ke belakang yang berikutnya, iaitu lengkok belakang akan semakin bertambah ke hala yang bertentangan untuk mengimbangkannya.

Postur berdiri yang betul dan salah

 3. Postur ketika berjalan

Ketika berjalan postur badan adalah sama semasa kita berdiri. Bezanya cuma kita bergerak. Ketika berjalan, kaki kita mestilah menghala ke depan. Kaki yang diletakkan mesti didahului dengan tumit. Berat badan ditumpukan di bahagaian tengah kaki supaya badan di hadapan. Jangan berjalan dengan memberatkan badan ke tumit.

Imbangan badan yang betul ketika berjalan ialah dengan melangkah betul - betul di tengah graviti setiap langkah. Ini boleh dilakukan dengan berjalan di atas garisan yang lurus (Rajah 1). Walaupun begitu keadaan berjalan seperti ini mengurangkan sokongan kaki dan kekukuhan badan ketika berjalan. Di samping itu, tenaga yang lebih banyak diperlukan untuk mengorak langkah ke depan. Kita boleh juga berjalan seperti Rajah 2 tetapi postur berjalan yang paling baik ialah seperti Rajah 3. Badan akan menjadi lebih kukuh dan langkah boleh diorak dengan lebih mudah. Manakala Rajah 4 menunjukkan postur berjalan yang tidak betul.


Postur berjalan yang betul dan salah.

Ok. Harap bermanfaat untuk semua.
Ada rasa lenguh-lenguh badan? Boleh dapatkan kalsium dari saya. 


Saya jual kalsium tau :)

Natrah,
Bandar Baru Bangi.

Wednesday, December 3, 2014

Vitamin C hebat 1

Teks: Natrah Mohamed.

Bermula bulan Oktober 2013, Vitamin C Shaklee yang masuk ke Malaysia ditambah Citrus bioflavonoids yang merupakan powerful polyphenolic compounds ditemui dalam buah lemons, limes, oranges, grapefruits, dan tangerines. Ia merupakan pasangan terbaik vitamin C.




Citrus bioflavonoids diperlukan untuk:
+ supaya vitamin C digunakan secara optimum dalam badan manusia
+ ia juga akan memperlahankan pemusnahan vitamin C yang berlaku sgt cepat dalam badan manusia
+meningkatkan keberkesanan vitamin C sebagai antioksida yang kuat
Selain citrus bioflavonoids, HESPERIDIN juga sama-sama meningkatkan fungsi vitamin C
+ Kajian juga menunjukkan hesperidin mengurangkan penghasilan tyrosine(enzim yang menghasilkan pigmen melanin) secara dengan selamat. Kerana itu ia mampu mengurangkan penuaan, melindungi salur darah dan mengurangkan tanda-tanda penuaan.

Hebat kan Vitamin C Shaklee ini.
Nama penuhnya: Sustained Released Vitamin C Plus.

Rugi sangat tak makan vitamin C ni. Dah la murah, khasiatnya superb!

Jumpa di entry akan datang untuk pelbagai khasiat mewah vitamin c.

Natrah,
Peminat tegar Vitamin C
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design