Sunday, December 4, 2016

Pilihan Suri Hati Sang Suami

Kak Nat nak kenalkan sabun dan pencuci yang sungguh menawan kalbu dan poket.
Semua ni Kak Nat guna sejak 2013 lagi. Sungguh suka dan ceria meria hati Kak Nat taw.
Set ni nama manjanya Get Clean Set. Ha, omputeh yuuu..

Ada 4 item dalam set ni.

1. SABUN BASUH BAJU

Memang terbaik dan pilihan jimat. 1 kotak ni boleh diguna untuk 88 basuhan. Katakan basuh baju 3 kali seminggu, boleh guna hingga 29 minggu. 29 minggu tu maksudnya 7 bulan. Jimat ke jimat ni? Musti la jimat.

2. SABUN PENCUCI pinggan mangkuk, periuk belanga, sudu garfu, gelas cawan, sinki sekaligus.
Letak 2,3 titis je untuk sekali cucian 1 sinki tu. Memang jimat. Dah la organik. Tak merengsa pada tangan. Bagi yang ada masalah kulit tu, elok sangat la guna pencuci pinggan ni. Basuh pinggan tetiap hari, tiba-tiba tertanya, "eh, awat tangan aku makin lembut ni?"
Ha, roooogi la yang tak pakai pencuci ni.

3. Basic H: Pencuci pelbagai guna. Yang ni seantero dunia dah tau. Betapa hebatnya Basic H ni. Macam-macam boleh cuci. Tingkap, lantai, dapur, kereta, peti ais, kipas, bilik air dan macam-macam lagi. Jangan tak tau, Basic H ni kami guna untuk mandikan anak yang ada ruam, kutu kepala, sebagai tuam masa demam, hentikan aliran darah kalau luka, hilangkan melecur.. Waaaa. Kalau nak senarai, malam ni tak boleh tidur la Kak Nat. Yang penting, mop lantai sekali je. Pastu tak perlu mop bilas. Jimat tenaga suri hati di zaman GST ni 😂😂

4. Fabric Softener yang wangi malah mudahkan menggosok. Kalau ada sebotol softener ni, tahun depan pulak la beli. Sebab sebotol tu boleh guna untuk 64 cucian. Kak Nat selalunya guna lebih daripada 5 bulan sebotol ni. Jimat yang amat.

Setiap item ni, sungguh jimat. Sebab kepekatan yang tinggi, jadi guna sikit saja setiap kali guna.
Lembut pada tangan, selamat untuk alam sekitar pastinya! Ye lah, tiada bahan kimia yang memudaratkan air di alam semesta.

Ha, nak habaq ni, kalau ambil 1 set, dapat PERCUMA beg hijau cantik dan botol spray yang hensem bak Abam Pilot ni.

Apa lagi?
Nak tengok je orang lain begitu lembut tulus mulus jarinya? Oh no. Jari jemari kita pun perlu dilembutkan juga. 😃😃😃

Kena cepat-cepat tanya Kak Nat ni. Kak Nat layan sebaiknya..

Natrah Mohamed
Jutawan. Dermawan. Muslimah

Sunday, November 27, 2016

8 Aktiviti Anak-anak Cuti Sekolah

Cuti sekolah sudah bermula. Alhamdulillah...


Ni Kak Nat listkan apa aktiviti yang boleh buat dengan anak-anak kat rumah. Dalam usaha mengurangkan mereka mengadap gajet, laptop maptop, TV bagai.


Anak-anak


1. Buat playdoh. Buat bersama-sama anak. Dah boring main, simpan dalam peti ais. Minggu depan keluarkan pulak. Resepi playdoh rujuk bawah entri ni.

2. Buat belon gergasi. Eh, buih sabun tu. Yang tiup-tiup tu. Boleh baca kat sini. Cara buat belon buih sabun.

3. Hafal surah-surah. Bagi task untuk hafal surah ikut kemampuan. Pastu bagi hadiah ikut pencapaian.


4. Betulkan bacaan solat dan pergerakan dalam solat. Yang ni kena buat jadual jugak ni.

5. Buat kreativiti / origami. Oh, banyak bersabar bila anak-anak main kertas dan gunting ni. Habis sepah 1 rumah. Rumah Kak Nat la tu. 😝😝😝Rumah hampa memang sentiasa kemas kan?

6. Latih anak-anak dengan kemahiran ikut tahap mereka. Masa ni la nak ajar kan. Ajar basuh pinggan cara yang betul, ajar lipat baju, gosok baju, kemas rak buku, sapu sampah.

7. Buat aktiviti kemas rumah. Setiap hari target apa yang nak dikemas. Contoh: sapu sarang labah2, lap tingkap, cuci kipas, cabut rumput, cuci bilik air, kemas almari pakaian yang dah bertahun tak kemas tu. Opsss. Hahaha. Apa2 la. Jangan banyak2, nanti terlajak kemas rumah hampa tu, tak syokkk pulak.

8. Tambah la lagi aktiviti apa yang sesuai. Tulis kat komen ye. Kita sama-sama kongsi input dan pengalaman.


Resepi Playdoh.. Selamat dimakan. Hahaha..


Bahan-Bahannya
2 cawan tepung gandum
1 cawan garam
1 sudu besar serbuk cream of tartar
2 sudu besar minyak
2 cawan air


Cara-Cara
1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau adunan.
2. Letakkan atas api perlahan.
3. Sentiasa kacau adunan hingga kenyal hampr-hampir macam dodol.
4. Padamkan api dan biarkan sejuk sikit.
5. Bahagikan doh dan uli ikut warna kesukaan.
6. Boleh terus main dan simpan dalam peti ais supaya tahan lama.

Contoh Playdoh yang telah dihasilkan

Alhamdulillah terima kasih sudi jenguk blog ni dan baca entri ni.
Moga bermanfaat :)
 Jutawan. Muslimah. Dermawan.
Natrah Mohamed Pengedar Shaklee No 1
Bandar Baru Bangi dan Seluruh Malaysia.
011-27016822

Friday, November 25, 2016

Sembelit? Jangan Abaikan Panduan Ini.

Semalam Kak Nat sembang dalam WhatsApp dengan seorang kawan yang juga customer Shaklee Kak Nat. Masih lagi berpantang. Sangat suka dan berterima kasih kerana hilang sakit-sakit badan dia yang sedang berpantang tu. Ye lah, baru lepas teran anak keluar, badan nak kembali ke bentuk asal lepas 9 bulan mengandung dan mengembang kan? Lenguh-lenguh dan sakit pinggang tu normal la kepada ibu yang sedang berpantang. Tapi tak kan nak biar je sakit macam tu. Kena cepat-cepat rawat.

Kawan kak Nat ni ambil Ostematrix untuk hilangkan lenguh-lenguh badan dia. Lega dan bahagia sungguh dia rasa. Semalam dia nak repeat oder lagi. Alhamdulillah...

Oh ya, Ostematrix ni bukan saja bagus untuk hilangkan lenguh-lenguh badan, ia juga bantu elak sembelit. Ibu-ibu dalam pantang je yang faham azab seksa bila sembelit ni. Memang terseksa jiwa raga. Nak teran kuat-kuat, baru lepas bersalin, mana boleh kan? Nanti terkoyak lagi luka bersalin tu.

Jadi, bantu la dengan Ostematrix yang kuatkan otot-otot di usus dan salur buang najis tu. He he.. InsyaAllah nak membuang senang. Ikut masa dan jadualnya..

Ada jadual ke? Ya. Ni menurut pensyarah pemakanan yang Kak Nat belajar dulu...

Manusia normal 'membuang' 2 kali sehari tau.

Yang pertama, pukul 5-8 pagi.
Yang kedua, pukul 5 petang-8 malam.

Kalau kurang?
Sistem penghadaman kita berMASALAH atau bakal bermasalah di masa depan!
Boleh sebabkan sembelit dan buasir!
Lagi parah, boleh sebabkan kanser kolon. Ya. Kanser yang nombor 1 kat Malaysia sekarang ni.

Jadi, jangan biarkan macam tu saja. Kena cegah sekarang.

Ni sedikit panduan untuk elak sembelit:
1. Minum air yang banyak. Pastikan air mencukupi berkadaran dengan berat badan kita. 1liter untuk 25kg. Kalau 50kg macam Kak Nat ni, berapa liter? Lu kira la sendiri. Hihi..
2. Makan makanan berserat. Buah, sayur, salad, beras perang tu semua berserat la kan.
3. Kunyah makanan dengan sebaiknya. Ya. Kasi hancur supaya senang perut nak proses.
4. Membuang pada waktu yang tetap. Jika waktu tu masih tak rasa nak membuang, cuba pergi duduk atas mangkuk tandas dengan posisi nak membuang. Ya. Kena latih perut dan minda kita supaya rasa nak membuang tu datang.
5. Jangan tangguh-tangguh. Dalam Islam pun kita tak boleh tangguhkan atau menahan diri dari membuang air jika nak solat. Kalau rasa nak membuang tu, cepat-cepat ke tandas.
6. Banyakkan pergerakan atau senaman yang melibatkan perut.

Ha, ni panduan ringkas je tau. Nanti Kak Nat tulis detail lagi kalau nak tau. Boleh?
Oh ya, jika masih lagi sembelit, elok sangat amalkan Herbalax dan Ostematrix. Kedua-dua ni tersangat membantu untuk elak sembelit. Membuang pagi-pagi lancar je.
Herbalax ada 120 biji sebotol. Harganya hanya RM52 saja. Ostematrix pun ada 120 biji. Harganya RM62 saja. Murah kan?

Meh mesej Kak Nat untuk dapatkan pil cegah sembelit ni.

Natrah: 011-27016822

Natrah Mohamed
Legasi Nasih Maju
Muslimah. Jutawan. Dermawan

Saturday, October 8, 2016

Natrah dan Detox

Saya dah study dan ikuti program #detox yang shaklee anjurkan ni sejak April 2016 lagi. Walaupun masa tu saya sedang nengandung. Saya study, apa detox tu, macamana caranya, apa boleh makan, apa tak boleh makan, apa kesan2 sampingan masa detox etc...

Lepas pantang pada Ogos 2016, saya mula sertai. Makan ikut menu hari ke 7. Khusus untuk ibu menyusu. Tiada cabaran dan ujian besar kerana setiap hari boleh ambil nasi. Alhamdulillah, lepas seminggu turun lebih kurang 2kg. Tanpa produk2 pembakar lemak. Inchloss 2 inci.

Pada awal Sept 2016, saya anjurkan sekali lagi Detox. Penyertaan dari ahli group dan customer. Tapi minggu tu nak raya haji. Ke laut agaknya hasil kami. Masakan daging merata2, takkan nak tengok sebelah mata kan.. Hahaha..

Balik dari raya haji dan cuti sekolah, kami sambung detox lagi. Seminggu ni, saya fokus ikut menu bermula dari hari 1. Dugaan besar jugak. Tapi demi nak pastikan badan sihat, saya teruskan. 7 hari dilalui dengan jayanya. Bawak salad ke mana saja. Hahaha... walaupun sering terbabas, tapi dimaafkan. Ibu menyusu katanya  🙈🙈🙈

Hasil detox Ogos dan Sept, saya berjaya turun 5kg. Dan inchloss 3inci. Tanpa ambil produk pembakar lemak. Lepas tempoh detox, saya ambil produk ibu menyusu saja.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana ilhamkan hamba2Mu dengan program sebegini. Membantu ramai hidup lebih sihat dan bantu kawal makan. Suatu perkara yang sukar dibuat adalah kawal kuantiti dan menu makanan. Dengan detox berjemaah, tengok menu2 peserta lain, tengok result peserta lain, InsyaAllah, lebih terkawal. 😃😃

#NatrahMohamed
#legasiNasihMaju
#DetoxRaya
#kempisperutkurusbadan



Wednesday, October 5, 2016

Kami fahami ibu kerana kami ibu juga


"Adei, dah la payah nak membuang, tido malam pun tak lena. Bangun pagi, kaki krem. Sakiiiittt sangat."

Keluhan ibu2 mak buyong. Kesian kan.

Meh saya bantu. Dengan #sethamil ni, insyaAllah badan lebih sihat, masalah2 kesihatan pun turut pulih.

Saya guna #sethamilshaklee sepanjang kehamilan yg lepas. Tiada diabetes, berat badan naik normal, sembelit dan krem pun tiada.

Jom pm saya atau whasap #01127016822 #NatrahMohamed


7 MASALAH KESIHATAN SEMASA HAMIL


Setiap Wanita Wajib Tahu Jika Tidak Mahu Merana Sepanjang Hayat.


Jangan abaikan kesihatan diri dan bayi dalam kandungan. Jangan biarkan diri terus dalam dilema.Dapatkan info tentang masalah kesihatan yang biasa dialami oleh ibu-ibu hamil.
Serta tips untuk bantu kurangkan atau elak diri daripada merana sepanjang kehamilan.



7 Masalah Kesihatan Semasa Hamil


Ebook ini diberikan secara PERCUMA! Ya, PERCUMA.
Download di sini segera:
---> http://www.natrahm.com/ebook-masalah-ibu-hamil/---> http://www.natrahm.com/ebook-masalah-ibu-hamil/---> http://www.natrahm.com/ebook-masalah-ibu-hamil/*Download sekarang sebelum link ditutup*




Ebook Percuma untuk ibu hamil

Sebarkan kepada kawan untuk bantu mereka jalani tempoh kehamilan dengan mudah, sihat dan ceria.


Alhamdulillah terima kasih sudi jenguk blog ni dan baca entri ni. Moga bermanfaat :) Jutawan. Muslimah. Dermawan. Natrah Mohamed Pengedar Shaklee No 1 Bandar Baru Bangi dan Seluruh Malaysia. 011-27016822

Friday, September 2, 2016

Cara Kurangkan Makan

Menu makan tengahari

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak cerita pasal menu makan tengahari saya. Hahaha.. tak. Bukan nak bagitahu resepi. Saja suka-suka.

Tadi, lepas solat zohor, saya gigih masak sayur air saja. Sayur je. Campak-campak aje. Cukup mudah.

Sayur dah masak, saya sendukkan nasi dan letak ikan goreng dalam pinggan. Banyakkan nasi saya. Ya. Niatnya nak suap anak-anak sekali. Tapi, bila saya pelawa anak-anak, mereka tak mahu.

Yang sulung ambil jagung kecik 2,3 hiris. Lepas tu tak nak makan dah.

Yang ke 2, makan cendawan enoki dan jagung kecil tu juga. Nasi semulut je dia makan.

Yang ke 3? Tak makan. Baru 2 bulan. Hahaha. Dia setia dengan susu mama ;)

Habis tu? Nasi sepinggan penuh tu? Saya habiskan semua ke? Oh tidak!

Saya tak mampu habiskan. Zaman sebelum detox dulu, saya boleh makan seorang sebanyak itu. Tapi, lepas seminggu detox, udah gak mampu dong.

Terpaksa simpan nasi dalam peti ais. Hmmm.. inilah kesan detox. Mengecilkan saiz perut. Nak makan banyak pun tak mampu dah.


Nasi yang tak habis

Inilah kesan ketara yang saya nampak selepas DETOX. Perut jadi kecil. Dah tak mampu makan banyak. Makan ikut keperluan, bukan ikut nafsu. Itu yang diharap daripada program detox.

Alhamdulillah.

Nak kurangkan makan macam saya? Nak kecilkan saiz perut?
Jom join program detox bersama saya dan team.
Jommm..

Boleh hubungi saya, Natrah Mohamed :011-27016822.

Atau cari FB saya, Natrah Mohamed.


Jom Detox The Shaklee Way!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design